Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Thursday, May 27, 2010

YB Shukur lawat pusat Khidmat Masyarakat dan PDM di Bandar Tasik Puteri


Bandar Tasik Puteri,

Baru-baru ini YB Abdul Shukur telah mengadakan lawatan, melihat Bilik Khidmat Masyarakat dan PDM di Bandar Tasik Puteri. Beliau berpuashati serta akan memastikan ubahsuai dijalankan secepat mungkin.

Beliau memberitahu kepada Pengarah PDM BTP Sdra.Wan Kamal Bin Wan Ibrahim, supaya memastikan segala perancangan dilakukan dengan sempurna di sini. Kata beliau lagi, Ia akan berada di pusat ini sebulan sekali.

Bagi kami warga UMNO Tasik Puteri mengucapkan terima kasih ke atas keprihatinan pihak YB.

Curi pasir berleluasa di Selangor



Kuang, 27/5/2010

Sejak akhir-akhir ini, isu kecurian pasir berleluasa di Negeri Selangor. Apa sudah jadi dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor, kalau dulu mereka janjikan RM150 juta tetapi hanya RM6 juta sahaja hasil dari penjualan pasir ini. Mana perginya berjuta -juta ringgit yang lain. Mereka perlu bertanggungjawab, ini hak rakyat kata YB Abdul Syukur Bin Hj.Idrus sewaktu penduduk membuat protes isu pasir di Taman Rahmat Jaya baru-baru ini.

Kita merasa hairan kenapa perkara ini dipandang sepi oleh kerajaan negeri, sehingga apabila rakan mereka sendiri membongkarkan isu pasir ini. Di Kuang contohnya, dengan kegiatan ini dilakukan seawal jam 4 pagi, kita lihat tiada langsung tindakan kerajaan negeri lakukan seolah-olah pencuri pasir ini dilindungi pihak tertentu.

Kegiatan mereka ini adakalanya merisaukan penduduk setempat dari segi keselamatan, sudah ada banyak kes kemalangan jalanraya yang meragut nyawa penduduk setempat. Semuanya akibat dari tindakan mereka (pencuri pasir).

Mana suara-suara sumbang mereka ketika kempen pada PRU ke-12, ini semua pembohongan yang mereka hanya hendak mengelirukan rakyat semata-mata. Rakyat harus sedar dan menolak mereka pada PRU ke-13 akan datang. Percayalah kerajaan BN yang mampu membela rakyat.


14 Orang penerima bantuan Tekun Parlimen Selayang



Kuang, 27/5/2010

Seramai 14 orang telah menerima bantuan Tekun dari kerajaan BN bagi membantu mereka dalam mengembangkan berbagai perniagaan yang mereka usahakan.

Walaupun bantuan ini lewat, disebabkan oleh mereka yang meminjam tidak melunaskan pinjaman mengikut perjanjian sedia ada, ia menyebabkan peminjam baru terpaksa menunggu begitu lama. Apapun kerajaan BN tetap membantu mereka yang benar-benar memerlukannya.

Penyampaian ini telah disempurnakan oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku ADUN N13 Kuang di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN beliau di Kuang. Beliau mengingatkan penerima, bahawa bantuan ini adalah bantuan dari kerajaan BN dan jangan mereka menyatakan ini bantuan kerajaan Negeri.

Beliau berharap bantuan ini dapat memperkembangkan perniagaan mereka serta mereka juga perlu memastikan pinjaman ini di bayar balik mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Dengan harapan peminjam lain juga akan dapat pinjaman dari Tekun.

Peringkat awal, pinjaman pertama ini diluluskan dengan bantuan pinjaman RM20,000.00 dan mereka boleh membuat pinjaman kedua dengan syarat bayaran pinjaman pertama tiada masalah.

Semoga usaha kerajaan BN membantu rakyat, memberi keyakinan kembali kepada rakyat untuk menyokong BN.

Monday, May 24, 2010

Orang Melayu WAJIB Berpolitik...


Sewaktu merasmikan mesyuarat agung UMNO Cawangan Bandar Tasik Puteri, YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus, meminta supaya orang melayu wajib berpolitik, tiada alasan kita perlu duduk diam dan hanya melihat. Politik ini merupakan kuasa yang perlu kita monopoli di dalam perjuang, dengan berpolitik kita dapat memartabatkan bangsa kita.

Untuk menjadikan seseorang itu sebagai Jurutera atau Doktor, kerajaan terpaksa membelanjakan hampir setengah Juta ringgit. Apakah kita tidak terfikir dari mana datangnya semua ini, inilah hasil perjuangan yang dibawah oleh UMNO. Orang melayu kena faham, mana mungkin anak-anak penoreh getah, nelayan, petani atau sebaliknya, sangguh membelanjakan jumlah wang yang besar bagi menampung perbelanjaan anak-anak mereka belajar. Kalau tidak kerana dasar yang di susun oleh pemimpin-pemimpin UMNO, sudah pastinya orang melayu akan ketinggalan kebelakang di dalam pendidikkan.

Hari ini jika di lihat, orang melayu yang berjaya, mahupun di pihak pembangkang tidak pernah berterima kasih, malah mereka menghentam sistem yang selama ini memberi kejayaan kepada mereka. Mereka ini sombong dan angkuh sehingga sangguh menuduh kerajaan zalim terhadap mereka. Apa lagi yang mereka mahukan dari kerajaan yang dipimpin oleh UMNO.

Kerana UMNOlah, hak serta keistimewaan orang melayu dijaga, segala menteri-menteri kanan semuanya orang melayu, KSU orang melayu, DO orang melayu.. apa laginya yang kita tidak buat.

Janganlah sikap angkuh dan sombongnya mereka-mereka ini, akhirnya kita orang-orang melayu berdagang di tanahairnya sendiri. Beliau juga mengajak agar kita perlu bersatu dan memahami politik hari ini, jangan kita lupa keamanan yang ada pada hari ini, adalah hasil perjuangan datuk, nenek moyang kita terdahulu. Fikirkan, apakah kita mahu mencemarkan keamanan yang ada pada hari ini sehingga anak cucu kita yang akan menerima akibatnya.

Wednesday, May 19, 2010

'Sibu jadi peringatan kepada parti komponen Cina BN'


Keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu yang dimenangi DAP, merupakan peringatan parti komponen kaum Cina dalam BN supaya berkerja lebih pada masa akan datang, kata ketua Penerangan Umno Selangor, YB Abdul Syukur Idrus.“Pada pandangan peribadi saya, parti Cina di dalam BN mesti ada perubahan dan anjakan paradigma dari segi kepimpinan, strategi dan pendekatan untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada BN,” katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Beliau yang juga ADUN Kuang berkata, parti-parti komponen BN di Semenanjung dan Sarawak harus buat perubahan dari sudut kepimpinan mahupun strategi.Dalam pilihan raya kecil 16 Mei lalu, calon DAP Wong Ho Leng merampas kerusi parlimen Sibu dengan mengalahkan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron.Wong menang dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron yang meraih 232 undi.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan penyandang kerusi Sibu selama lima penggal menewaskan Wong dengan majoriti 3,235 undi.Abdul Syukur Idrus berkata antara faktor kekalahan BN di Sibu adalah pengaruh DAP yang begitu tinggi di kalangan masyarakat Cina. Kemungkinan juga, katanya, masyarakat Cina kurang berminat terhadap parti Cina yang lain. “DAP membawa angin perubahan yang berlaku di Semenanjung. Angin perubahan yang dibawa mungkin dengan menceritakan tentang kejayaan mereka di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubung Malaysiakini hari ini.

Abdul Syukur yang juga ketua Umno Bahagian Selayang menegaskan peringatan juga perlu diberi kepada parti komponen BN seperti MCA dan SNAP agar lebih bekerja keras pada masa akan datang.Mengenai langkah yang perlu diambil oleh BN bagi memperbaiki dan mengekal sokongan rakyat, Abdul Syukur berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat bedah siasat.

Sementara itu, timbalan ketua penerangan Umno Kedah, Datuk Zubir Saad pula berkata BN kalah di Sibu kerana tidak masih ramai pengundi Cina yang tidak menyokongnya.Beliau mendakwa, mereka termakan janji Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi peluang kepada kaum Cina dalam pentadbiran negara jika beliau dipilih sebagai perdana menteri.“Bagaimanapun, janjinya itu adalah sukar untuk ditunaikan kerana Anwar akan mengalami tekanan yang besar terutama sekali dalam mendapatkan sokongan kaum Melayu. “Anwar merupakan seorang yang pandai berpura-pura dalam mencapai keinginannya sendiri," katanya.

Zubir mendakwa Anwar yang juga ketua pembangkang menaburkan janjinya yang berlainan mengikut kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India demi kepentingannya. Menjawab soalan, beliau bagaimanapun berkata, kerajaan tidak perlu bimbang dengan kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membuat kajian dan menilai kelemahan BN dalam pilihan raya tersebut.Tambahnya, anggota komponen BN perlu saling sepakat untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.Mengulas mengenai langkah untuk menarik sokongan pengundi, Zubir berkata, BN perlu mengadakan ceramah yang mengikut “trend” yang diselitkan dengan alternatif lain yang mengikut kaum dan peringkat usia.

Dalam hubungan itu, beliau memberi contoh persembahan nasyid, nyanyian 60-an dan persembahan yang tidak keterlaluan.Katanya, beliau dimaklumkan bahawa cara tersebut telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat sepanjang minggu berkempen dalam pilihan raya di Sibu untuk menarik sokongan pengundi.Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan pula berkata kekalahan BN di Sibu disebabkan pelbagai isu yang memburukkan kerajaan.Menurutnya, BN tidak berkesempatan untuk menjelaskan sebarang isu tersebut kepada pengundi.Menurutnya, kelambatan BN dalam memberi jawapan yang muktamad dalam sesuatu perkara yang diutarakan, telah mempengaruhi kempen pilihan raya.Bagaimanapun, Abdul Rahman tidak bimbang dengan kekalahan BN dalam pilihan raya tersebut kerana berpandangan bahawa ia bukan penentu arah pilihan raya yang ke-13.

Tegasnya, jentera BN di Sarawak perlu berkerja lebih keras untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.“Saya tidak bersetuju dengan pandangan (pemimpin DAP) Lim Kit Siang bahawa kemenangan di Sibu merupakan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini PUN, parti pembangkang pernah menguasai Sibu.“Menang atau kalah bukan sesuatu gambaran yang cukup jelas”, ujarnyaDitanya mengenai langkah yang perlu diambil BN untuk meraih sokong pengundi, Abdul Rahman berkata beliau bersetuju dengan Najib untuk mengubah corak berkempen agar mendapat sokongan yang lebih baik, terutama generasi kini.

Sunday, May 16, 2010

Politik taksub Pas


MENYENTUH soal politik dan agama yang tidak dapat dipisahkan sememangnya benar wujud di zaman Rasulullah, itu pun politik yang bermaksud Daulah Islamiah atau "kerajaan Islam" kerana masjid dan institusi ibadat hanya dijadikan tempat untuk merujuk mengenai perkara berbangkit dalam soal akidah, fikah, tauhid , tauhid ubudiah dan lain-lain lagi sebagai mana jelas di dalam hadis yang Shahih al-Bukhari dan Muslim dan lain-lain lagi.

Apabila Jibrail bertanya kepada Rasulullah, apakah iman, Islam dan ihsan, lalu baginda menjawab (setelah Jibrail berlalu, ) kepada Saidina Umar " itulah Jibrail, dia mengajar kamu, agama kamu".

Bertitik tolak dengan sabda nabi itu, difahami di sini bahawasanya itulah hakikat agama yang tidak ada percanggahan dan perdebatan dan itulah yang diamalkan dari zaman sahabat hingga kini.

Ada pun politik kepartian seperti yang maklum pada hari ini tidak ada hubung kait dengan agama sedikit pun, kalimah siasah yang diterjemahkan dengan politik adalah tidak tepat dan amat kabur, apatah lagi kalimah siasah tidak wujud di zaman nabi dan hanya wujud ketika zaman khalifah-khalifah Islam sahaja.

Dalam Islam, hakikat politik ialah melaksanakan hukum Islam dan kebiasaannya adalah pekerjaan kadi-kadi atau pemerintah Islam atau Amirul Mukminin, bukan pekerjaan rakyat jelata

Inilah yang perlu difahami oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penyokong parti itu. Menyentuh isu mengenai larangan berpolitik dalam masjid yang dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada pandangan saya apa yang dititahkan oleh sultan itu benar dan tidak lari daripada kehendak agama.

Ini kerana pada pandangan baginda larangan berpolitik di dalam masjid ini tentunya terarah kepada Pas dan Pakatan Pembangkang yang cuba mengambil kesempatan dengan menjadikan masjid sebagai tempat untuk memecah belahkan umat manusia.

Apatah lagi politik yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang amat bercelaru dan bertentangan dengan Islam serta bercanggah dengan pandangan pimpinan Pas suatu ketika dulu.

Saya malu dan berdukacita sekiranya orang Pas menyokong apa yang ditegaskan oleh Nik Aziz berhubung politik dan agama tidak dapat dipisahkan.

Saya maklumkan di sini, politik yang dibawa oleh Pas masa kini dengan menjadikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai rakan jauh tersasar dengan kehendak Islam sebenar.

Suatu perbezaan yang amat besar politik di zaman Rasulullah, dengan politik kepartian yang ada pada hari ini adalah politik kepartian yang ada pada hari ini adalah peninggalan penjajah yang di dalamnya mempunyai seribu satu unsur yang bertentangan dengan Islam, seperti fitnah memfitnah, tuduh menuduh, membuka aib sesama sendiri dan jatuh menjatuh.

Matlamat

Ini kerana matlamat dalam Pakatan Pembangkang adalah untuk mengangkat Lim Kit Siang sebagai ketua negara.

Ini boleh dirujuk petikan kata-kata Nik Aziz dalam Utusan Malaysia pada 6 November 1999 yang menyebut "Pas boleh terima pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif".

Pada pandangan saya, tokoh yang disanjung dan cuba diangkat oleh Pas dan Nik Aziz ini merupakan orang yang fasik dan kafir yang cuba membawa kemusnahan kepada negara Malaysia

Jika ini berlaku ia amat bertentangan dengan fatwa Dewan Ulama Pas Kelantan pada Ogos 1963, orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Fatwa tersebut menjadi pegangan orang Pas suatu ketika dulu, namun adakah kini fatwa ini tidak lagi dijadikan pegangan ahli dan pemimpin Pas.

Sekiranya ahli Pas menggambarkan bahawa politik dan agama yang cuba dibawa oleh Nik Aziz adalah politik semasa zaman Rasullullah, maka sudah tentu mereka tertipu dan terpedaya dengan kata-kata dan hujah Nik Aziz.

Perlu dibezakan di sini bahawa cara berpolitik di zaman nabi adalah jauh berbeza umpama langit dan bumi jika dibandingkan cara berpolitik zaman sekarang. Seperti yang saya katakan tadi, cara berpolitik zaman Rasullullah adalah politik mengajak manusia ke arah ketakwaan kepada Allah dan bukannya mengajak manusia menyokong si A dan membenci si B atau menuduh orang itu tidak betul dan saya yang betul atau sebagainya, kemudiannya segala hujah agama yang dikeluarkan oleh parti politik ini kebanyakannya cenderung untuk kepentingan politik masing-masing.

Saya tanya di sini sepanjang Nik Aziz menggunakan masjid di Kelantan untuk menyampaikan tazkirahnya sudah berapa ramai umat manusia benar-benar bertakwa dan mencari keredaan Allah atau hanya mencari keredaan politik masing-masing.

Politik yang dikatakan tidak dapat dipisahkan dengan agama mengikut fahaman Nik Aziz adalah sebagai menghalalkan perbuatan fasiknya dengan menjadikan DAP sebagai rakan seangkatannya .

Justeru itu, sekiranya Nik Aziz menghamburkan kata-kata 'celako' (celaka) kepada tok guru seperti saya maka saya tersenyum dan merasa kasihan melihat kebatilan yang dibawa oleh Nik Aziz.

Sebagai seorang yang layak mengajar dan ditauliahkan oleh baginda sultan dan Majlis Agama Islam Kelantan dan bukannya tauliah halaqat kerajaan Pas, saya tegaskan di sini bahawa Nik Aziz telah membawa kebatilan dengan menipu umat Islam Pas dengan dakwaan bahawa agama dan politik tidak dapat dipisahkan.

Ini kerana politik Nik Aziz dan Pas masa kini jauh tersasar dari landasan Islam dan kehendak Nabi Muhammad SAW.

Berbalik pula pada kata-kata Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang menghina saya dengan menyamakan dengan unta, sewaktu memberi ceramah di Kampung Belukar, Kubang Batang, Tumpat pada 1 Mei lalu.

Saya tidak ingin menjawab panjang cercaan sebaliknya ingin saya katakan bahawa unta di padang pasir itu tidak pandai baca kitab, tidak pandai mengajar bahkan tidak pernah belajar, itulah bezanya saya dengan unta di tanah Arab.

Kesimpulannya perlu umum mengetahui terutama ahli Pas bahawa politik dan agama yang Nik Aziz katakan tidak boleh dipisahkan itu sebenarnya boleh dipisahkan kerana Pas mengamalkan politik kepartian yang mengapi-apikan unsur asabiah dan taksub kepada pemimpin dan parti mereka itu.

Ini amat bertentangan dengan Islam yang mana dalam Islam, tiada taksub kepada pemimpin dan di dalam Islam garis panduan utamanya ialah al-Quran dan hadis serta mana-mana pandangan yang bertentangan dengannya adalah terbatal dengan sendirinya.

Saturday, May 15, 2010

Ezam sahkan sekali jumpa Saiful…yakin dia jujur dan ‘ innocent victim’


Senator Ezam Mohd Noor yang tampil diperbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang Khamis untuk proses pengecaman meminta bekas bosnya itu cukup-cukuplah cuba berbohong mengenai wujudnya konspirasi dalam kes itu.

“Hanya orang yang bodoh dan orang yang berkepentingan saja yang masih boleh percaya teori konspirasi Anwar Ibrahim,..seorang yang desperate …seorang desperado …seorang yang sudah terdesak yang cuba alihkan pandangan masyarakat dari membicarakan persoalan yang lebih khusus,”katanya.

Bercakap kepada wartawan di luar mahkamah selepas pengecaman itu pada jam 3.05 petang bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan dulu kata beliau yakin Saiful Bukhari Azlan bercakap benar dalam dakwaan diliwat Anwar. Serentak dengan itu katanya beliau sendiri meninggalkan Anwar semata-mata kerana yakin Penasihat PKR itu terlibat dalam kegiatan liwat. Ezam tiba di mahkamah jam 2.05 petang.Beliau diwajidkan hadir di mahkamah untuk pengecaman kerana Selasa Saiful menyebut namanya sebagai salah seorang yang ditemuinya sebelum membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 mendakwa Anwar meliwatnya.

Ezam bertanya bagaimana nak kata wujudnya konspirasi antaranya dengan Saiful sedangkan pertemuan mereka pada awal pagi 27 Jun 2008 adalah yang pertama kali dan terakhir. Katanya sebelum itu beliau tidak kenal langsung Saiful. Pertemuan selama dua jam itu berlangsung di tempat letak kereta tidak jauh dari plaza tol Rawang di Lebuh Raya Utara Selatan setelah beliau mendapat panggilan ‘ urgent ‘ untuk bertemu juga dengannya malam itu. Katanya ketika itu beliau dalam perjalanan pulang dari Larut,Perak selepas memberi satu ceramah politik.

“Pertemuan itu berlaku secara spontan…malah di tempat letak kereta saja…dalam dua jam begitu…antara jam 1 hingga 2 pagi.

“Saya juga tanya kenapa nak jumpa saya…kenapa tidak orang lain…jawapan beliau sudah memastikan tiada konspirasi…sebabnya beliau sudah kecewa…sebab beliau jumpa pemimpin negara, tak layan dia…jumpa polis, tak layan dia.

“Dia jumpa saya sebab merasakan saya seorang yang bertegas secara terbuka berani melawan Anwar Ibrahim…”katanya. Ezam menceritakan bahawa pada malam pertemuan itu beliau menasihatkan Saiful supaya berjumpa ulamak untuk dapatkan nasihat dari sudut Islam. ” Saya kata ini aib bagi dirinya dan keluarga Anwar Ibrahim…kata Saiful boleh bang jumpa ulamak…tapi bang saya kena jumpa doktor dulu sebab ada barang dalam badan saya yang kena buat medical checkup .”

Menurut Ezam, Saiful memberitahunya dia nak pergi buat pemeriksaan doktor itu esoknya. Namun katanya seperti sedia maklum selepas membuat pemeriksaan itu polis ambil keterangan dan selepas itu ia menjadi kes polis. Katanya selepas itu mereka tidak bersua lagi.” Itu saja episod saya dengan saudara Saiful,” ujarnya.

Ezam menegaskan ini jelas menunjukkan teori konspirasi Anwar itu adalah tuduhan karut. “Bagaimana konspirasi boleh berlaku dengan hanya satu pertemuan…hanya beberapa jam sebelum Saiful bertindak membuat laporan polis ( selepas dinasihatkan oleh doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dimana dia jalani pemeriksaan). Biasanya konspirasi akan ambil masa yang panjang.”

“Jesteru saya ingin memberitahu Anwar Ibrahim dan Wan Azizah…cukuplah menipu orang membabitkan orang lain yang tidak berdosa dalam dosa yang dilakukan.Beliau seharusnya ke mahkamah berdepan dengan saudara Saiful sebagai orang yang jujur menjawab persoalan-persoalan asas. “Persoalan asas... samaada dia meliwat atau tidak meliwat…itu persoalan asasnya…bukan rela ke tak rela…atau konspirasi ke. “Saya hadir di mahkamah untuk mengingatkan Anwar hentilah perkara-perara yang merosakan negara ..rosakkan masyarakat dengan teori-teori karut.”

Menjawab soalan adakah hasil pertemuan dua jam dengan Saiful itu beliau yakin kejadian liwat itu benar-benar berlaku,Ezam berkata,”saya yakin Saiful seorang innocent victim …dia seorang jujur…bila saya cadangkan jumpa ulamak untuk selesaikan secara Islam…beliau setuju..tak nampak takut…biasanya orang kalau bohong nampak takut kalau nak jumpa ulamak. “Saya yakin beliau berkata jujur…dan tidak ada sebab pun beliau nak bohong pada saya…apa sebab nak bohong pada saya…saya waktu itu orang biasa saja…saya bukan ada pegang jawatan apa…saya baru masuk UMNO sebulan masa tu.”

Kepada satu soalan lain beliau menjelaskan sumpah junjung Al-Quran yang dibuat oleh Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan tidak ada kena mengena dengannya. Katanya selepas Saiful buat laporan polis di HKL mereka tidak lagi bertemu. Menurut Ezam semasa bertemu, Saiful ada menjelaskan salah satu sebab mengapa dia ingin berjumpa dengannya ialah kerana sumpahnya meninggalkan Anwar kerana prinsipnya sebagai orang Islam. “Saiful tanya pada saya apakah prinsip sebagai seorang Islam itu libatkan soal liwat…saya kata ya.

“Dia tanya saya dengan siapa bang…saya kata itu aibkan Anwar dan keluarganya…saya bukan mangsa...saya kata saya simpan untuk saya…tapi saya menjawab soalan beliau…ia berhubung kait dengan perangai jijik Anwar Ibrahim…saya rasa saya tidak boleh kompromi.” Ditanya samaada beliau sendiri ada bukti Anwar terlibat liwat,Ezam menjelaskan beliau bukan mangsa dan tidak mahu aibkan orang. “Untuk saya memang saya yakin ( Anwar terlibat liwat) kalau tidak tak akan saya keluar (dari PKR)…saya masuk dua jail untuk bebaskan dia (Anwar)...mesti ada satu sebab besar mengapa saya tinggalkan dia…kalau tanya saya sebab apa…sebab itulah…sebab lain mungkin saya boleh tolerate tapi sebab ini kita tak boleh sebagai seorang Islam.

“Soalnya saya bukan mangsa…macam Saiful beliau boleh buat laporan sebab dia mangsa…tapi saya mendapat maklum ( tentang Anwar terlibat liwat ),”ujarnya. Ezam juga menjelaskan setakat ini beliau tidak disenaraikan sebagai saksi kes liwat itu.Namun katanya beliau sedia jika dipanggil.

Kerana politik, Pas biar isu kalimah Allah dipersendakan


Petikan UM 15/5/2010:

PENGGUNAAN isu kalimah Allah oleh pihak Gereja Katolik hanya reda untuk seketika. Kini isu ini menjadi modal politik dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu. DAP sudah membangkitkan isu sensitif kalimah Allah ini untuk meraih undi.

Sama ada pemimpin pakatan pembangkang sedar atau tidak, tindakan mereka itu menghina mahkamah yang sedang memproses tuntutan rayuan kes tersebut.

Melihat perkembangan kurang sihat itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menggesa semua pihak termasuk pembangkang menghentikan isu penggunaan kalimah Allah sebagai modal politik.

Katanya, isu kalimah Allah tidak sepatutnya ditimbulkan lagi terutamanya bagi tujuan meraih sokongan politik kerana pendirian mengenai perkara itu telah diputuskan oleh pucuk pimpinan Pas selain ia merupakan isu sensitif.

Walaupun Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bukan ahli Pas dan bukan lagi anggota PKR, tetapi sebagai umat Islam beliau berhak menyuarakan kekecewaannya dengan sikap Pas yang sanggup bersekongkol dengan DAP untuk terus mempermainkan isu kalimah Allah.

Apakah Pas tidak boleh dikritik oleh umat Islam lain? Jika perbuatan itu boleh menggugat dan memperlekehkan kesucian Islam, apakah kita hanya berdiam diri sahaja?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.

Jadi isu penggunaan kalimah Allah ini jelas. Malah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menyatakan bahawa sesiapa (orang Islam) merelakan Kristian menggunakan nama Allah dengan maksud yang membawa kepada syirik (konsep trinity Kristian) boleh menjadi kufur.

Semua parti politik sepatutnya sudah matang dan faham bahawa isu agama adalah sensitif dan perlu berhati-hati bila memperkatakannya.

Janganlah kerana hendak memberi kemenangan kepada calon rakan pembangkang, Pas membiarkan DAP sesuka hati membelasah apa sahaja kenyataan tentang isu kalimah Allah.

Masih banyak modal lain untuk memikat hati orang ramai menyokong pakatan pembangkang.

Sebagai umat Islam, kita minta Pas tidak bersikap bercakap lain di depan orang Islam berhubung isu kalimah Allah, tetapi di depan bukan Islam lain pula kenyataan mereka.

Sebenarnya banyak pihak menentang penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian. Tentangannya bukan sahaja daripada UMNO tetapi juga pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, ahli akademik mengambil pendirian berlawanan, iaitu tidak membenarkan penggunaan kalimah itu oleh orang lain.

Apa pun, sudah nampak ada pendirian yang berbeza-beza di kalangan tokoh ulama Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Selain Haron Din - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuddin dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Ustaz Nasruddin Tantawi adalah beberapa pemimpin Pas yang ke hadapan menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Tetapi pendirian Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang - mewakili pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pengikut agama-agama lain itu 'harus', khususnya agama warisan Nabi Ibrahim (Kristian dan Yahudi).

Apakah Pas yang menjadi harapan orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan negara Islam, sanggup bersekongkol dengan DAP dalam menentang prinsipnya sendiri?

Adalah merugikan jika Pas terus terperangkap dalam isu kalimah Allah, dan merelakan nama Allah digunakan dalam konsep trinity. Pas sendiri pun tahu hakikat isu kalimah Allah boleh menggugatkan iman, tetapi demi kuasa - Pas tergamak menjual maruah agama yang menjadi denyut nadi perjuangannya.

Friday, May 14, 2010

Persepsi, budaya politik UMNO perlu berubah

Petikan UM 14/5/2010,

BARU-BARU ini Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata “UMNO mesti berani membuat perubahan supaya parti sentiasa diterima sebagai parti yang relevan sepanjang masa dan zaman.”
Sememangnya, kenyataan Presiden UMNO ini tepat pada masanya ketika senario politik tempatan dan antarabangsa sedang hebat dilanda ‘angin perubahan’, yang menyaksikan rakyat di serata pelosok dunia bangun mempersoalkan fungsi dan peranan parti pemerintah dalam menerajui tampuk kepimpinan negara. Beberapa kemelut politik dalaman parti juga boleh menjejaskan kredibiliti parti dan sokongan rakyat kepada parti politik.

Sejarah telah membuktikan bagaimana parti politik yang menerajui kerajaan ‘dijatuhkan’ oleh rakyat dalam pilihan raya umum kerana gagal ‘berubah’. Lihat sahaja apa yang telah berlaku di India, Jepun dan Mexico.

Menyedari hakikat ini, kita sangat bersetuju bahawa UMNO perlu berubah untuk terus relevan dalam konteks politik demokrasi di Malaysia, serta supaya ia berada ‘tetap’ di hati rakyat sebagai satu-satunya parti yang boleh diharap untuk menerajui tampuk kepimpinan negara dalam gagasan Barisan Nasional (BN).

Pun begitu, terdapat dua persoalan di sini, pertama, apa atau siapa sebenarnya yang perlu berubah? Kedua, apakah aspek perubahan yang dikehendaki untuk berubah? Untuk membolehkan kita ‘respon’ kepada saranan sebagaimana yang tersebut, kita perlu memahami terlebih dahulu konsep ‘politik kepartian’ dalam sistem demokrasi.
Sistem demokrasi memberikan ruang dan peluang kepada semua individu yang ‘berkelayakan’ dalam sesebuah negara untuk turut serta berperanan dalam proses pembentukan kerajaan dan pemerintahan negara. Oleh kerana jumlah penduduk yang mendiami sesebuah negara tersebut sangat ramai bilangannya, maka usaha pembentukan kerajaan ini biasanya dijalankan menerusi platform parti-parti politik yang berperanan menyatukan ‘suara rakyat’.

Dengan ini, parti politik secara umumnya, berperanan sebagai ‘alat politik’ dalam konteks pembentukan kerajaan sesebuah negara. Manakala pemimpin politik atau ahli politik pula boleh disifatkan sebagai ‘jentera pengerak’ yang membolehkan parti politik berperanan dengan lebih berkesan dalam konteks politik demokrasi. Oleh yang demikian, sebarang bentuk perjawatan politik bukanlah boleh ‘diwarisi’ secara semula jadi.
Jatuhnya sesebuah kerajaan dalam sistem politik demokrasi sebenarnya melambang kejatuhan parti pemerintah yang diterajui oleh pemimpin dan ahli politik parti tersebut. Alasan ‘biasa’ yang sering diberikan apabila sesebuah parti pemerintah dijatuhkan ialah ‘kelemahan’ parti politik tersebut.
Antara faktor pendorong kepada ‘kelemahan’ parti politik hingga membawa kepada kejatuhannya ialah persepsi dan budaya politik ‘songsang’ yang dipegang dan diamalkan oleh ‘segelintir’ pemimpin dan penyokong parti politik tersebut.
UMNO hanyalah sebuah parti politik yang bergabung di bawah gagasan Barisan Nasional serta menjadi sebagai ‘alat’ bagi membolehkan orang Melayu, Cina, India, dan bumiputera membentuk kerajaan di negara ini. Sebagai ‘alat’, UMNO tidak mungkin akan berubah, sebaliknya yang akan berubah ialah ‘jentera’ yang menggerakkan parti tersebut, iaitu pemimpin dan penyokong parti.
Justeru, apa yang perlu berubah dan diubah ialah persepsi dan budaya politik yang dipegang dan diamalkan oleh pemimpin dan penyokong UMNO, bukannya UMNO sebagai sebuah parti politik. Hanya dengan cara ini sahajalah akan memungkinkan UMNO untuk ‘pulih’ semula dan kembali ‘dihati’ rakyat, khasnya orang Melayu.
Mungkin, semua hujah ini agak ‘pedas’ untuk diperdengarkan di telinga segelintir pemimpin dan penyokong UMNO, tetapi semua ini akan menjadi lebih ‘pedas’ dan mungkin sudah tidak berguna lagi kepada UMNO apabila ia diperdengarkan ketika UMNO sudah kehilangan sokongan dan peluang untuk menerajui kerajaan di peringkat persekutuan.

Kenyataan oleh Presiden UMNO tersebut sebenarnya ditujukan kepada semua pemimpin dan penyokong di pelbagai peringkat dengan harapan ia akan dijadikan sebagai panduan dan ‘idea’ yang bernas dalam mencorak masa depan parti tersebut sebagai pendokong dan wadah perjuangan orang Melayu dan Malaysia, amnya.

Premium tanah milik orang Melayu, Cina berbeza di Selangor

Petika UM 14/5/2010,

Kerajaan negeri Selangor diselar kerana mengenakan kadar premium yang berbeza bagi tanah-tanah di kampung Melayu tradisional berbanding kampung-kampung baru.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ketika ini kadar premium ke atas tanah di kampung tradisional Melayu ialah RM10 bagi satu kaki persegi berbanding hanya RM1 bagi keluasan yang sama untuk kampung baru.

Beliau berkata, situasi yang berlaku di kawasan Sekinchan jelas menunjukkan corak pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang adalah berat sebelah dengan lebih mengutamakan kaum tertentu sehingga meminggirkan orang Melayu.

Mohamad Khir juga tidak menolak tindakan itu hanyalah bermotifkan politik untuk mendapat sokongan kaum Cina memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan tersebut, Ng Suee Lim daripada DAP.

Katanya, perkara itu jelas apabila kerajaan negeri mengenakan kadar premium tanah RM1bagi setiap kaki persegi kepada penduduk kampung baru di Bagan Sekinchan.
“Sebaliknya, kawasan kampung tradisional seperti di Kampung Penerangan, juga di Sekinchan, penduduk dikenakan premium RM10 sekaki persegi.

“Adakah ini yang dinamakan keadilan? Jika kerajaan negeri sering mendabik dada mengatakan mereka adil dalam pentadbiran, kenapa dalam soal ini mereka bersikap sebaliknya?

“Apakah kerajaan negeri pada hari ini hanya tunduk kepada desakan bagi kepentingan satu kaum sahaja?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wednesday, May 12, 2010

Sepak Takraw - Piala YB Ketua Bahagian




Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua UMNO Bahagian Selayang anjuran gabungan 7 Cawangan UMNO Bahagian Selayang telah diadakan pada 8 & 9 Mei 2010 bertempat di Dewan SJK (C) Selayang Baru.

Pertandingan yang dijalankan mengikut sistem kalah- mati, telah memberi kejohanan bersama kepada Kampong Mahkota A dan C. Syabas kepada mereka yang menang.

Kejohanan ini juga, memupuk semangat berpasukan serta melahirkan masyarakat penyanyang dan prihatin. Semoga kejohanan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Turut hadir di majlis kejohanan ini ialah YB Ketua Bahagian Tuan Abdul Shukur Bin Hj.Idrus.

Sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-64 - UMNO Selayang




Sambutan hari ulang tahun UMNO ke-64 yang diadakan di pejabat ADUN N13, di dahului dengan bacaan tahlil. Hadir sama YB Ketua Bahagian serta kepimpinan UMNO Bahagian dan penceramah jemputan.

Dalam ceramah yang disampaikan, banyak menyentuh sejarah penubuhan serta perjuangan UMNO. Pada majlis itu juga secara simbolik acara memotong pulut kuning serta mengibarkan bendera UMNO oleh pemuda diadakan.

Semoga usia UMNO yang ke-64 ini memberi inspirasi kepada pejuang-pejuang bangsa untuk terus maju dan berjaya. Kita sebagai pendukung perjuangan UMNO perlu bekerja keras jika ingin melihat UMNO terus relevan buat selamanya. Kita yang perlu pastikan UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu.

UMNO - "dulu, kini dan selamanya"

Al-Fatihah, kembalinya anak tersayang kepangkuan ilahi...




Kuang, 11 Mei 2010,

Hari ini merupakan, hari ke-64 sambutan hari penubuhan UMNO. Ia menjadi sejarah buat Sdra.Hussin Md.Nor ( AJK UMNO Bahagian Selayang ) apabila mendapat berita kematian anak sulong beliau dalam satu kemalangan jalanraya di jalan Kuang.

Kejadian ini berlaku jam 2.30 petang berhampiran station minyak Petronas, anak beliau bersama rakannya yang menunggang motosikal pulang dari sekolah bergesel dengan kenderaan MyVi lalu tercampak ke jalan bertentangan dan menyebabkan mereka berdua di langgar oleh lori pasir dari arah bertentangan. Kejadian ini menyebabkan anak beliau dan rakannya meninggal di tempat kejadian.

Mayat kedua mangsa ini telah di bawa ke Hospital Sungai Buluh untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati kecederaan di bahagian kepala yang kuat menyebabkan kematian. Jenazah di tuntut oleh keluarga jam 7.30 malam dan di bawa pulang ke rumah bapanya di kampung Setia Kuang dan akan disemadikan di tanah perkuburan Batu 20 Kuang selapas solat Isyak pada malam ini juga.

Hadir sama YB Ketua Bahagian UMNO Selayang Abdul Shukur Bin Hj.Idrus dan Timbalan Beliau Dato'Subahan Kamal serta kepimpinan UMNO peringkat Bahagian dan Sayap. Mereka semua melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah di atas pemergiaan ini.

Seluruh warga UMNO Bahagian Selayang mendoakan agar roh anak kepada Sdra.Husin di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Sdra.Husin menerima ujian ini dengan penuh kesabaran.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu.

Tuesday, May 11, 2010

Sejarah gemilang tidak jamin UMNO terus berkuasa - Najib

Petikan UM 11/5/2010
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa sejarah UMNO yang gemilang bukan lagi satu jaminan bagi parti itu untuk terus berkuasa memandangkan rakyat kini turut melihat kedudukannya pada masa kini dan akan datang.
Presiden UMNO itu berkata, bukan semua rakyat memandang kepada fakta sejarah bahawa UMNO telah melalui zaman yang gemilang kerana ada di kalangan rakyat tidak mempedulikan soal tersebut.
"Sebab itu kita perlu realistik bahawa sejarah walaupun begitu gemilang bukan jaminan kelangsungan kuasa pada masa depan. UMNO perlu berubah dan UMNO perlu berani membuat perubahan.
"Perubahan itu adalah perubahan seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat agar menjadikan UMNO sebagai parti yang dinamik, segar dan sentiasa relevan," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.
Perdana Menteri berada di sini bagi lawatan rasmi tiga hari ke Kemboja.
Beliau mengulas ulang tahun penubuhan UMNO ke-64 yang akan disambut esok.
Menurut Najib, jika perubahan tidak dilakukan terhadap UMNO maka parti itu tidak lagi relevan dan diterima rakyat seperti mana yang berlaku ke atas parti-parti lain yang seusia UMNO.
Jelas beliau, usia 64 tahun merupakan satu tempoh yang panjang serta lama bagi parti politik seperti UMNO.
Sebab itulah, kata beliau, UMNO bukan sahaja tidak boleh dipisahkan dengan landskap politik tanah air tetapi juga perkembangan yang berlaku sehingga Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya.
"Kejayaan ini adalah hasil pelaksanaan dasar-dasar yang didukung oleh UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) serta kepimpinan parti yang memperlihatkan transformasi besar-besaran di Malaysia," katanya.

UMNO perlukan pembaharuan


Ahli-ahli UMNO disaran keluar daripada kepompong tradisi parti dan cuba melakukan pembaharuan yang lebih berani serta efisien dalam usaha mengekalkan kestabilan parti dan semangat perjuangan di kalangan orang Melayu.

Pembaharuan dimaksudkan termasuklah memberi lebih banyak peluang dan kepercayaan kepada ahli wanita serta golongan muda untuk menjadi pemimpin. Sudah tiba masanya barisan kepemimpinan UMNO menonjolkan kumpulan baru untuk seiring dengan orang-orang lama menerajui parti keramat itu.

''Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan cerdik pandai yang telah berjaya. Kita percaya mereka boleh menarik pengundi di luar sana yang rata-ratanya berpendidikan dan matang dalam dunia politik.

Jika UMNO memilih untuk berubah ke arah itu Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang pasti memberi kemenangan besar kepada UMNO. ''Ahli-ahli lama tidak perlu risau tentang kebolehan golongan muda untuk menjadi pelapis, golongan itu hanya perlu dibimbing dengan cara yang betul,''.

Pembaharuan di dalam UMNO sangat penting untuk parti itu terus kekal relevan. Perubahan tersebut bukan sahaja dalam bidang politik malah di dalam kerajaan serta pelbagai dimensi lain bagi memastikan parti sentiasa selari dengan pembaharuan dunia dari aspek ekonomi dan persekitaran antarabangsa.

''UMNO perlu konsisten untuk berubah sepanjang masa, jika ini berjaya dilakukan oleh parti kita yakin UMNO akan mempunyai tempat di dalam hati setiap orang Melayu,'' . UMNO sangat berperanan dalam membangunkan bangsa dan negara, justeru cara lama yang tidak sesuai perlu diberi nafas baru tetapi prinsip asasi masih perlu dipertahankan.

UMNO perlu mengalih tumpuannya daripada kumpulan pemodal atau usahawan kepada kumpulan tidak berpengaruh atau masyarakat luar bandar. Ketika era Tun Abdul Razak, golongan tidak berpengaruh itu sering didahulukan dalam segala perkara tanpa ada agenda yang tersirat.

''Namun, sejak akhir-akhir ini, kumpulan berkenaan semakin terpinggir malah sokongan mereka kepada UMNO juga sudah mula terhakis kerana UMNO mahu mengejar kemajuan negara. ''Kita bimbang jika perkara ini berlarutan terutama ketika pembangkang cuba menarik perhatian pengundi, kumpulan besar ini semakin menjauh dan UMNO akan berhadapan dengan masalah yang besar,''.

Saturday, May 8, 2010

Hayatilah penderitaan mereka - sebarkan...


Petikan dari :http://mahaguru58.blogspot.com....


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan, warganegara Malaysia sekelian.Besarlah harapan saya agar tuan puan berkeadaan sihat sejahtera bersama ahli keluarga sekelian.Begitu juga doa saya agar tuan puan semua berkemampuan dari segi material duniawi untuk membantu seorang anggota polis negara kita yang kini terlantar sakit, tidak berupaya berkata kata, lemah terbaring baru beberapa lama dapat mencelikkan mata, hanya mampu melihat tanpa berupaya bersuara.Koperal 104747 Khalid bin Che Rus dilanggar lari pada 29hb April 2009 di Jalan Keramat AU dan bergelimpang kaku diatas jalanraya akibat terhentak kepalanya jatuh terpelanting dari motosikal yang ditunggang beliau balik bertugas sebagai anggota polis Balai Ampang!Pemandu kenderaan yang melanggarnya cabut lari meninggalkan Koperal Khalid Che Rus koma diatas jalan, lengkap beruniform.

Orang ramai yang berlalu lalang cuma melihat atau berlalu pergi tanpa menghulurkan bantuan kepada anggota polis ini sampai sejam berlalu!Jenis kategori apakah masyarakat kita ini boleh membiarkan seorang anggota polis pengsan koma terhentak kepalanya diatas jalanraya bertar yang keras itu tanpa memanggil ambulans atau mendail 999?Akibat terbiar tanpa pertolongan cemas atau rawatan doktor selama sejam lebih, hari ini Koperal Khalid baru sedar dari koma beberapa bulan yang lalu setelah setahun ditimpa kemalangan yang telah meragut keupayaannya untuk berdikari atau bertugas menjaga keselamatan negara dan menyara anak isteri beliau yang tercinta!

Saya berkesempatan mengetahui cerita duka beliau ini dari OCPD Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan dan Ketua Polis Balai Ampang Cif Inspektor Norazman Zakaria semasa saya membuat tinjauan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam.Saya kesana untuk mewawancara pegawai pegawai polis didalam penyiasatan saya sebagai seorang penulis blog menangani kes remaja yang ditembak mati tempohari.Bilamana saya dimaklumkan bahawa ada satu kes dimana ada anggota polis yang dilanggar lari setahun sudah dan sekarang baru sedar dari koma, maka saya mengalihkan perhatian saya untuk mengetahui keadaan Koperal 104747 Khalid bin Che Rus yang telah saya paparkan didalam bentuk video di atas.Saya pohon agar setiap pembaca blog saya ini serta rakan rakan blogger menyebarluaskan video ini melalui blog masing masing.

Saya mengalu alukan pihak media supaya menyiarkan semula video ini di rangkaian masing masing.Saya mempelawa peguam peguam 'Juara Rakyat' untuk turut membantu Koperal Khalid Che Rus sepertimana mereka membuktikan diri mahu 'membantu' rakyat ter'aniaya' didalam kes remaja Shah Alam itu!Bantulah Koperal Khalid Che Rus!Hubungi isteri Koperal Khalid @ Puan Satona di talian 014-223 5120Alamat berek kediaman mereka : No. 111, Blok 9, Jalan AU 1A/1, Taman Keramat, 54200, Kuala Lumpur.Nombor Akaun Bank Koperal Khalid bin Che Rus untuk kemasukan terus wang derma ikhlas anda adalah :

Akaun Maybank : 1621-8839-5589
Akaun BSN : 1415-7298-8710-4416

Diatas kesudian tuan puan membantu Koperal Khalid bin Che Rus ini, bersama sama lah kami memohon doa restu dari Ilahi agar membalas budi dan jasa tuan tuan dan puan puan semua diampunkan sekelian dosa, dipanjangkan umur, dimurahi rezeki, dikekalkan iman dan dibalas dengan ganjaran Jannah Al Firdaus, Insya Allah!Amin Ya Rabbal Alamin.Saya menyampaikan amanah Puan Satona sekeluarga serta Ketua Polis Balai Ampang OCS Cif Inspektor Norazman bin Zakaria serta Tuan OCPD ACP Abdul Jalil bin Hassan serta seluruh tenaga anggota polis Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya, rakan rakan setugas Koperal 104747 Khalid Che Rus.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Friday, May 7, 2010

UMNO Selangor tolak pelantikan Zaid menjaga Felda

UMNO Selangor mendesak kerajaan negeri supaya menarik balik pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai ketua jawatankuasa petugas khas yang bertanggungjawab dalam soal pemilikan tanah peneroka Felda di negeri itu.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, desakan tersebut dibuat kerana Zaid didapati tidak layak untuk berada dalam pentadbiran Selangor.

Ini kerana kata beliau, penyelaras pakatan pembangkang itu secara terang-terangan telah mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung larangan pengunaan masjid dan surau untuk tujuan politik di negeri itu.

Menurut beliau, tindakan Zaid jelas menunjukkan pemimpin PKR itu tidak bertanggungjawab serta tidak menghormati Sultan Selangor yang juga merupakan ketua agama Islam dan negeri ini.

Malah, beliau juga menyifatkan Zaid tidak faham undang-undang berhubung larangan tersebut apabila mengatakan titah Sultan Selangor itu hanya pandangan peribadi kerana tidak dirujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

"Sepatutnya beliau (Zaid) tidak boleh mempertikaikan titah Sultan Selangor dan mengatakan ia sebagai pandangan peribadi tuanku kerana larangan itu telah dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 18 September tahun lalu.

"Malah, larangan turut dikeluarkan bersama agensi-agensi berkaitan dengan pentadbiran agama Islam negeri ini iaitu MAIS dan juga Jabatan Mufti Negeri Selangor.

"Jadi, kita minta kerajaan negeri kaji semula pelantikan Zaid untuk mengetuai pasukan petugas khas tanah-tanah Felda di Selangor," katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membantah kenyataan Zaid menerusi laman blognya (myzaidibrahim.wordpress.com) yang menganggap titah Sultan Selangor mengenai larangan berpolitik di tempat ibadat umat Islam sebagai pendapat peribadi kerana ia tidak dirujuk kepada MAIS.

Malah, Zaid menyifatkan titah Sultan Selangor itu bukan sebagai arahan, perintah atau dekri kerana dalam sistem Raja Berperlembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman kesultanan Melaka.

Kenyataan Zaid itu juga dilihat sebagai mempertahankan tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang menyifatkan individu yang enggan membenarkan masjid digunakan untuk berpolitik sebagai 'bodoh'.

Dalam pada itu, Abdul Shukor menyatakan tindakan Zaid itu menunjukkan bekas Menteri Undang-Undang itu mempunyai 'kebodohannya' sendiri meski pun dikatakan tergolong dalam kalangan cerdik-pandai dalam bidang undang-undang.

"Setiap kata yang dikeluarkan oleh tuanku adalah titah rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Agama Islam dan negeri, dia tak faham barangkali.

"Kalau Zaid mahu pertikai, tidak berpuas hati dan tidak mahu menghormati titah Tuanku, eloklah dia berpindah keluar dari Selangor dan ikut tok guru dia (Nik Abdul Aziz) di Kota Bharu," jelasnya.

Katanya lagi, Sultan Selangor tidak pernah melarang mana-mana pihak untuk tinggal dan mencari rezeki di negeri ini dan tuanku juga menganggap mereka yang berada di sini adalah rakyat Selangor.

Namun, katanya, tindakan mempertikaikan dan tidak menghormati baginda adalah tidak wajar dan mencemar kedudukan serta peranan institusi beraja di Selangor.

Thursday, May 6, 2010

Hassan perlu jelas ubah suai pejabat RM350,000 - YB Abdul Shukur

UMNO Selangor hari ini meminta Exco, Datuk Dr. Hassan Ali membuat penjelasan berhubung dakwaan beliau menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM350,000 untuk mengubah suai pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu perlu berbuat demikian bagi membuktikan beliau tidak menggunakan wang rakyat sebanyak itu untuk tujuan tersebut.

Ini kerana katanya, jumlah itu didapati terlalu besar dan tidak memadai hanya untuk kerja-kerja pengubahsuaian pejabat yang nilainya hampir sama dengan harga sebuah rumah.

''Sebab itu kita minta Hassan memberikan penjelasan mengenai perkara ini sekiranya benar beliau menggunakan wang rakyat untuk tujuan itu.
''Sekiranya benar, jumlah RM350,000 itu adalah satu bentuk pembaziran yang sepatutnya dielakkan. Jumlah itu mungkin boleh digunakan untuk tujuan lain lebih-lebih lagi kepada rakyat di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog (www.mykmu.net) yang mengaitkan Hassan dengan penggunaan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM350,000 untuk kerja-kerja mengubah suai pejabat Exco itu di bangunan SUK.
Menurut laman blog berkenaan, surat tawaran kepada sebuah syarikat kontraktor yang turut berkait rapat dengan Pas untuk kerja-kerja itu telah dikeluarkan pada minggu lalu.

Malah, syarikat kontraktor berkenaan dikatakan telah mengambil insurans bernilai RM100,000 bagi perlindungan kerja dan RM27,000 bagi perlindungan kemalangan di tempat kerja.

Menurut Abdul Shukor, sekiranya benar dakwaan tersebut, tindakan itu dilihat tidak selaras dengan janji kerajaan negeri pakatan pembangkang yang sering melaung-laungkan slogan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'.
''Kita kesal sekiranya keadaan ini berlaku kerana kerajaan negeri kononnya mahu menjaga kebajikan dan meningkatkan ekonomi rakyat, tetapi ada pemimpinnya sendiri yang bermewah-mewah," ujarnya.

JAIS tegas banteras ceramah politik di masjid

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertegas melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang program politik dianjurkan di masjid-masjid seluruh negeri ini.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, keputusan itu diambil hasil mesyuarat MAIS semalam yang turut menyokong penuh titah baginda.

Beliau yang juga Pengarah JAIS berkata, penguatkuasaan itu akan dilakukan JAIS dari semasa ke semasa dengan kerjasama polis untuk memastikan tiada pihak melanggar titah baginda.

‘‘Kita berharap kerjasama semua pihak supaya tampil membuat aduan sekiranya terdapat khutbah, ceramah dan sebagainya yang berunsurkan politik di dalam masjid di Selangor,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, langkah itu bagi memudahkan kedua-dua agensi itu bergerak dan mengambil tindakan sewajarnya, sekali gus membantu memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Wednesday, May 5, 2010

Ini Selangor ....BUKAN Kelantan..!!!

Dikhabarkan bahawa Sultan Selangor telah bertitah supaya Masjid tidak dijadikan tapak berpolitik oleh mana-mana Parti Politik.Umum tahu berpolitik dalam Masjid adalah Modus Operandi PAS sejak dahulunya. Mereka orang Alim Alim jadi bercakap pun mestilah dalam rumah Allah. Dan inilah punca berpecahnya umat Islam yang mula benci membenci sehingga ada kes yang bercerai berai dek kerana penangan ceramah politik yang berlandaskan hukum hakam konon-kononnya. Kerana ceramah Politik juga telah ada Solat dua Imam dan lain-lain yang telah pun umum ketahui tetapi tidak ada SIAPA yang berani membetulkan keadaan. Senang cerita tak ada Pemimpin baik dari UMNO ataupun PAS sendiri yang berani benar-benar mahu membetulkan keadaan yang menimpa umat Melayu Islam khasnya di negeri2 Pantai Timur. Tidak ada yang betul-betul "LELAKI"Dan baru minggu lalu sebelum PRK Ulu Selangor Baginda Sultan telah mengarahkan supaya tidak ada ceremah Politik dalam Masjid di Selangor.Peninglah kepala Nik Aziz, sebab dia dah biasa dengan ceramah dalam Masjid. Sebab itu 'hot' sikit dia. Tapi apakan daya, kita orang luar. Kita terpaksalah akur pada "Tuan Tanah". Tuan Tanah pulak bukan sebarangan orang tapi "Sultan". Saya ulangi "Sultan".Alamak Malunya!! Terasa masa kena tempeleng pula muka ni. Malu jika 'dihalau' secara terhormat dari negeri Selangor ni.Tapi, kami rakyat yang menumpang di Negeri Selangor ini rakyat yang baik-baik, kami taat pada Negara, Bangsa dan Agama. Kami tak buat kacau. Negeri Selangor adalah Negeri Kami sejak 30 tahun lalu.Kami bangga jadi rakyat Selangor. Sayang Selangor!!!!!!!

Makluman Terkini...!!!!!


"DATANG RAMAI-RAMAI"

Monday, May 3, 2010

Taklimat Mesyuarat Cawangan - Oleh SU Bahagian Sdra.Zawawi




Satu taklimat berhubung dengan mesyuarat cawangan-cawangan telah disampaikan oleh Sdra.SU kepada semua Ketua-Ketua serta Sayap Kepimpinan seluruh cawangan di Parlimen Selayang. Hadir sama Ketua Bahagian YB Abdul Shukur dan Kepimpinan Jawatankuasa UMNO Bahagian Selayang.
Sdra.SU meminta supaya semua kepimpinan peringkat cawangan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta memastikan mesyuarat yang diadakan mengikut tempoh serta garispanduan yang ditetapkan. Apa jua persoalan atau pemasalahan bolehlah merujuk beliau. Dalam mesyuarat kali ini, pemilihan G7 dan G2 tidak lagi dipilih di peringkat cawangan atau sayap kepimpinan cawangan, malah kali ini ahli atau sesiapa sahaja boleh menghantar nama di pejabat UMNO Bahagian dengan syarat mereka sudah menjadi ahli UMNO selama 3 tahun.

Sebelum taklimat mesyuarat ini disampaikan oleh Sdra.SU, YB Ketua Bahagian dalam ucapannya meminta agar semua Ketua-Ketua Cawangan memastikan semua ahli diberitahu atau di beri notis mesyuarat dan jangan pilih kasih. Sedikit bantuan juga diberikan kepada cawangan-cawangan yang bermesyuarat kerana di Selangor kita telah menjadi pembangkang, di mana kemudahan sebelum ini seperti Dewan semuanya telah diambil alih oleh kerajaan negeri.

Makluman berhubung mesyuarat Bahagian dijangka akan diadakan pada 27hb Jun 2010 di Perangsang Golf, Templer.
"SELAMAT BERMESYUARAT"