Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Friday, August 27, 2010

YB Berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan di Balai Polis Kuang

Kuang, 26/08/2010.

YB Abdul Shukur dan rombongan berbuka puasa bersama anggota Polis di DUN Kuang yang diadakan diperkalangan Balai Polis Kuang.

Hampir 120 orang hadir pada majlis yang diadakan. Di majlis yang sama YB Abdul Shukur menghulurkan sumbangan kepada semua Balai Polis yang berada di DUN Kuang. Beliau juga berharap agar masyarakat faham peranan yang besar dimainkan oleh pihak Polis dalam menjaga keselamatan negara. Janganlah kita hanya pandai mempertikaikannya, sebaliknya tiada usaha untuk kita memberi padangan yang baik.

Majlis ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara pihak Polis dan Pejabat ADUN Kuang serta masyarakat setempat.

Hadir sama JKKP di DUN Kuang, Ketua-Ketua Balai Polis DUN Kuang serta Kepimpinan UMNO Bahagian dan Cawangan.

Thursday, August 26, 2010

Hebat Melayu Islam PAS!

Hebat ustaz-ustaz PAS ni. Sudahlah nama DYMMSPB Yang Dipertuan Agong tidak didoakan di dalam khutbah Jumaat. Nama Khalifah Lim Guan Eng pula yang dijadikan sebagai galang gantinya. Beliau didoakan kononnya supaya dibuka pintu hati untuk memeluk Islam. Ada saya kata salah. Mana ada salah. Semua yang dibuat PAS semuanya betul belaka.Terbaru, Ahli Parlimen bukan Islam telah dijemput untuk memberi tazkirah Ramadhan di dalam surau tempat umat Islam menunaikan sembahyang berjamaah. Pada 22 Ogos 2010, lebih kurang pukul 9.33 malam, Ahli Parlimen DAP Serdang, Teoh Nie Ching telah memberi tazkirah di Surau Al Huda, Kajang. Ada saya kata salah, mana ada salah! Orang PAS buat semua betul. Kalau tak betul pun boleh minta Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat untuk menghalalkan semuanya. Hebat puak-puak Melayu Islam PAS ni!

Sumber : Blog Cucu Tok Selampit

Sunday, August 22, 2010

Risalah ‘Pasir Hak Rakyat’ Cubaan Khalid Ibrahim Tutup Kelemahan



SHAH ALAM: Bukan untuk mempertahankan diri tetapi menasihati Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan emosi dalam menangani isu pasir di Selangor dan beriya-iya sangat mempertahankan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), kata Ketua Pembangkang Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

”Mereka dakwa hasil pendapatan pasir zaman saya sangat kurang berbanding sekarang. Memanglah kurang kerana pengeluarannya kurang dan dilakukan atas tanah persendirian. Malah di zaman saya, kita banyak tutup lombong haram.

Dahulu PTG hanya mengutip RM3 setiap meter padu daripada pengusaha pasir kerana ia adalah tanah persendirian. Sekarang ini kerajaan negeri mengutip RM7 kerana ia dilakukan atas tanah kerajaan.

“Yang tidak pernah dijelaskan ialah berapa banyak pasir dikeluarkan sekarang berbanding zaman saya dahulu? Kalau hendak dapat duit banyak dari pasir, koreklah satu Selangor ini maka akan bertambah dengan banyaklah pendapatan hasil pasir,” ujarnya ketika mengulas isu penyebaran risalah bertajuk ‘Kesan Lombong Tanpa Kawalan Zaman BN’ .

Risalah ini diterbitkan oleh Pejabat Pengerusi Jawatankuasa tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor. Risalah ini disebarkan di masjid-masjid dan surau di negeri Selangor.

“Ini merupakan tindakan terdesak mereka untuk menutup kelemahan kerajaan negeri di bawah pimpinan mereka. Kenapa baru sekarang nak terbitkan risalah selepas kita timbulkan isu penyelewengan dan kemusnahan alam sekitar akibat perlombongan tanpa kawalan yang diuruskan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

“Kenapa Khalid beriya-beriya mempertahankan sangat KSSB ini tanpa melihat kepentingan rakyat Selangor. Jika hendak tingkatkan pendapatan pasir tidak perlu KSSB atau tokoh korporat terkemuka, pegawai PTG pun tahu sebab yang perlu dibuat ialah keluarkan permit banyak-banyak dan kutip cukai RM3 untuk satu meter padu.

“Soalnya, apakah ini pengurusan hasil negeri yang betul? Meningkatkan hasil pasir dengan melombong secara besar-besaran?,” ujarnya kepada UMNO-online.

Sehubungan dengan itu, beliau sekali lagi mencabar Khalid dan kerajaan negeri buktikan dan mendakwa kerajaan BN dibawah pimpinannya sebelum ini telah melakukan perlombongan pasir secara haram.

“Yang pasti secara jelas hari ini ialah Kumpulan Semesta Sdn Bhd merompak wang rakyat dengan menjadi orang tengah dalam industri perlombongan pasir. Pasir dilombong atas tanah kerajaan, tetapi royalti yang diterima oleh pejabat tanah hanyalah RM 3 satu tan sama seperti royalti pasir atas tanah persendirian.KSSB ambil lagi RM 4 tanpa perlu melakukan apa-apa kerja kecuali menyediakan draf perjanjian dan mencari kontraktor.

Kerajaan sebagai tuan tanah hanya mendapat RM 3 bagi setiap tan metrik pasir dikeluarkan, manakala KSSB sebagai broker mendapat RM 4. Apakah ini bukan perompak wang rakyat? “.

Dalam masa yang sama, Khir mendakwa kerajaan negeri kini telah merasuah ketua-ketua kampung dengan elaun RM1, 300 sebulan yang bertujuan untuk menutup mereka.
”Dulu mereka dakwa BN amalkan rasuah, tetapi mereka lebih teruk kerana rasuah ketua kampong untuk menutup kesalahan mereka.

“Saya sendiri akan membawa rakan-rakan wartawan melihat sendiri kawasan SD1, kawasan perlombongan yang Khalid rasmikan KSSB dulu. Kita nak tengok, benarkah dakwaan mereka kononnya mereka akan memperbaiki dan membaik pulih kawasan-kawasan perlombongan pasir ini,”. – MediaUMNO

Haram Doakan Bukan Islam Sejahtera -Harussani

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

Katanya, perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.

“Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Moin Ismail, 70, antara ratusan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Menora, Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 25 Jun lalu mendakwa khatib mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta rakannya dalam kerajaan negeri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengarahkan polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menyiasat dakwaan berkenaan bagi mengenal pasti sama ada tindakan terbabit dibuat atas arahan pihak tertentu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi pula, berkata perbuatan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bertujuan menghina Raja selaku penaung agama Islam di negara ini.
Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah, berkata khutbah Jumaat tidak seharusnya digunakan untuk kepentingan politik kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan orang Islam.

“Saya amat terkejut membaca laporan akhbar beberapa masjid di Pulau Pinang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS menyokong penuh satu siasatan dilakukan bagi membuktikan laporan nama Guan Eng digunakan di dalam khutbah di Pulau Pinang. -Bharian

Orang PAS lihat dan Fikir-Fikirkan !!!!



Artikel menarik Bro Zaini !

GAGASAN 1Malaysia cukup menarik. Ia dapat mengelakkan 'perang besar' sebagaimana kebimbangan Mufti Perak, Tuan Guru Harrussani Zakaria walaupun malam tadi beliau tiba-tiba menukar perkataan perang kepada perkataan 'heboh', saya merasakan magnitudenya adalah sama.

'Perang besar' boleh berlaku di Malaysia jika kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Kita tidak perlu bercakap mengenai tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja. Kini kita bercakap mengenai 'perang besar' yang boleh meletus, jika keadaan gagal dikawal (oleh kerajaan).

Pelbagai pihak kini sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ia termasuklah cubaan untuk menukar Perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu Perlembagaan yang baru.

Apakah cubaan itu dilakukan kerana pihak-pihak tertentu itu merasakan mereka sudah cukup besar kepala? Apakah cubaan itu dilakukan kerana mereka merasakan kerajaan yang ada sekarang akan tumbang dua tahun lagi?

Jika benar wujudnya dokumen seperti itu, maka benarkan andaian itu. Ini kerana mereka terlalu yakin mereka boleh memerintah kerana pegangan politik Melayu yang dibela oleh Perlembagaan lama, semakin luntur dan mulai terhakis.

Satu lakaran baru Perlembagaan Malaysia perlu ditulis cepat bagi menggantikan Perlembagaan lama yang mereka anggap lapuk sebagai persiapan seandainya mereka memerintah kelak. Mereka mahu melukis semula Perlembagaan atas nama sama-rata dan mengeluarkan istilah kontrak sosial, agama Islam - dan mungkin kedudukan raja-raja Melayu - yang bunyinya bagi mereka terlalu kolot?

Harussani yang mendedahkan kewujudan Perlembagan baru itu menjelaskan: ''Perlembagan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang."

Orang yang mempunyai idea ini cukup berbahaya. Kerajaan harus menanganinya, jika ia terbukti benar, bagi mengelakkan tercetusnya 'perang besar'. Saya, kita dan semua rakyat Malaysia terlalu takut untuk menghadapi situasi 'perang besar' itu. Tiada tempat yang boleh saya lari jika tercetusnya 'perang besar' itu. Bolehkah saya lari ke Singapura, Australia atau New Zealand? Saya tiada sesiapa di situ, apatah lagi tanah sekangkang kera.

Jika ia berlaku, maka ia akan tetap berlaku. Hanya Tuhan Yang Maha Esa sahaja yang akan menentukan nasib negara ini. Jika itu yang Dia mahukan, maka jadilah 'perang besar'.
Tapi, siapa yang akan untung jika berlaku 'perang besar' itu. Orang Melayu, Cina, India atau Pribumi lain? Sekali lagi hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Malaysia sebenarnya dibentuk oleh satu denominasi yang berbeza. Bukan satu, tapi membabitkan pelbagai kaum dan warna kulit serta anutan kepercayaan yang berlainan.
Sukar untuk membentuknya untuk menjadi satu denominasi yang unggul. Usaha ke arah itu sedang dilakukan melalui gagasan 1Malaysia. Mungkin akan tercapai 50 ke 100 tahun lagi, bukan semalaman sebagaimana kepercayaan kebanyakan orang sekarang?

Bangsa Amerika mengambil masa selama 250 tahun untuk melantik seorang yang berkulit hitam sebagai Presiden mereka. Tapi ada syaratnya juga. Orang berkulit hitam itu haruslah seorang yang beragama sama dengan kaum dominan kulit putih. Bolehkah Presiden Amerika seorang yang beragama Islam, misalnya? Mungkin boleh, tapi ia memerlukan 250 tahun lagi?

Kaum Arab, walau macam mana sekali pun mereka berperang mereka masih Arab - satu bahasa, satu agama mungkin sedikit berbeza dari segi aliran mazhab. Begitu juga dengan bangsa Jepun, China dan India. Walaupun mereka bergaduh sekalipun mereka masih merupakan satu denominasi yang unggul, sama warna kulit dan yang penting sama agama.

Tapi, di Malaysia ia berbeza. Melayu, Cina dan India dengan majoritinya (setakat ini masih) Melayu hidup dalam satu negara. Jika kerajaan yang dipimpin oleh majoriti itu kuat, ia hanya boleh mengharmonikan keadaan sahaja. Itu pun jika majoriti itu dapat diterima oleh sesama majoritinya yang lain.

Selama beberapa dekad ini Malaysia cukup harmoni. Melayu, Cina dan India serta Pribumi lain hidup dengan harmoni kerana majoriti yang memimpin mereka itu kuat. Namun, sejak kebelakangan ini situasinya sudah berbeza. Ada golongan mahu menangguk di air keruh setelah melihat sistem pertahanan golongan majoriti itu mulai melayu.

Masing-masing mula mahu menegakkan hak masing-masing. Mereka mahu lebih. Masing-masing mahu kelihatan mereka itu dominan. Kaum Y berkompromi dengan Kaum Z untuk menjatuhkan Kaum X bagi membolehkan, mungkin, Kaum Y menguasai negara ini. Jika Kaum Y tidak berkuasa pun mereka mahu diberi peranan yang lebih lagi.

Maka itu, pelbagai taktik halus yang cukup strategik sedang dirangka secara teliti untuk membolehkan cita-cita itu dicapai. Rakyat harus dikelirukan. Kaum X,Y dan Z harus dikelirukan. Golongan majoriti yang terkeliru itu kini tercari-cari ranting untuk berpaut. Jika mereka merasakan Kaum Y itu kuat maka majoriti yang sudah minoriti itu akan menyambarnya.

Amat malang sekali kaum majoriti yang kuat satu ketika dulu kerana keupayaannya dapat mengharmonikan X,Y,Z tadi tiba-tiba menjadi minoriti. Mereka sudah berpecah-pecah. Malah ada yang sudah berani dan terbuka mempersendakan dasar DEB yang dibuat khusus untuk kaum majoriti itu dulu!

Tapi persoalan besarnya sekarang, apakah kaum yang dikalahkan tadi akan berdiam diri? Apakah pada ketika itu situasi yang kita semua tidak mahu ia berlaku, akan berlaku?

Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia, nauzubillah...

Thursday, August 19, 2010

Melayu perlu sedar agenda sebenar pakatan pembangkang

Petikan UM 19/8/2010,
UMNO Selangor hari ini meminta semua orang Melayu dan umat Islam di negeri ini supaya sedar akan matlamat sebenar pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menghapuskan hak orang Melayu serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, kesedaran di kalangan golongan itu amat penting bagi memastikan hak orang Melayu serta bumiputera lain termasuk Islam, terus dipelihara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Katanya, kewujudan 'perlembagaan baru' yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sebenarnya tidak berhasrat untuk memelihara kepentingan orang Melayu dan menegakkan Islam di negara ini.

"Orang Melayu tidak seharusnya lupa bahawa mereka telah dijajah dan dinafikan hak selama 446 tahun bermula sejak zaman kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511.
"Kini adakah orang Melayu sudah puas dengan kemerdekaan yang dinikmati sejak 1957 sehingga mahu bersekongkol dan membiarkan pihak lain mewujudkan 'perlembagaan baru' yang jelas mengenepi hak bumiputera dan kedudukan Islam?

"Perlembagaan baru ini sebenarnya membuktikan agenda serta rancangan sebenar pakatan pembangkang dalam usaha mereka menduduki tampuk pentadbiran di negeri-negeri dan juga negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Harussani, Ahad lalu mengenai kewujudan 'perlembagaan baru' yang dirangka oleh pihak-pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan sekarang.

Menurut Harussani, paling mengejutkan 'perlembagaan baru' itu dikatakan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga kedudukan Islam yang dijamin dalam Perlembagaan negara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim semalam mengesahkan wujudnya 'perlembagaan baru' itu dan menyatakan ia adalah perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meraih sokongan bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang menyelar sikap sebilangan orang Melayu yang bersekongkol dengan kewujudan 'perlembagaan' sedemikian dan menyifatkan mereka sebagai 'Si Kitol dan Raja Mendeliar'. Ini kerana, katanya, tindakan mereka yang cuba memainkan sentimen penghapusan hak bumiputera dan kedudukan Islam itu adalah tidak bertanggungjawab seolah-olah satu pengkhianatan kepada agama dan bangsa mereka sendiri.

"Orang Melayu dijajah berpunca daripada orang Melayu sendiri sebagaimana Si Kitol dan Raja Mendeliar mengkhianati serta memecahbelahkan orang Melayu sehingga jatuhnya Kota Melaka ke tangan penjajah."Namun hari ini, dua watak dalam sejarah Melayu ini seolah-olah muncul kembali apabila ada pemimpin Melayu (PKR dan Pas) bersekongkol dengan pihak lain untuk menghapuskan hak bangsa dan kedudukan Islam sendiri hanya kerana mahu berkuasa di Putrajaya,'' tegasnya.

Monday, August 16, 2010

Pentas "Tazkirah" Bulan Ramadhan disalahgunakan Oleh pemimpin PAS

16. Ogos 2010, Bandar Tasik Puteri,

Sikap mereka seperti "paku dulang, paku serpih, mengata orang, mereka yang lebih" tidak mempedulikan titah Duli Tuanku Sultan Selangor, yang melarang Masjid serta Surau yang berada di Negeri Selangor digunakan bagi tujuan berpolitik. Malah mereka -mereka yang ingin berceramah mesti mempunyai tauliah yang dibenarkan oleh pihak JAIS.

Ini yang berlaku di Masjid Bandar Tasik Puteri, apabila Ustaz yang sepatutnya memberi tazkirah tidak dapat hadir, bagaimana AJK Masjid Bandar Tasik Puteri membenarkan Ketua Pemuda PAS Selayang Sdra. Zaidy Bin Abdul Talib menyampaikan tazkirah dan sudah pastinya mereka ini tahu beliau tidak mempunyai tauliah dari JAIS.

Jika tazkirah itu tidak menyentuh isu-isu yang sensitif, sebagai penduduk kita boleh terima. Sebaliknya mengapa mereka memperkatakan isu judi bola yang mengaitkan PM dan TPM dalam hal ini, sedangkan kerajaan telah memutuskan perkara ini. Perkara ini tidak patut dilakukan dalam kita sedang menyambut Bulan yang penuh keberkataan.

Atas sikap prihatin, kami selaku Ketua-Ketua Cawangan UMNO di Bandar Tasik Puteri telah membuat satu laporan polis di balai Polis Bandar Tasik Puteri berhubung perkara ini. Perkara ini juga akan dipanjangkan kepada pihak JAIS dan Pejabat Duli Tuanku, Sultan Selangor.

Kita harap perkara ini diberi perhatian oleh pihak berkenaan serta memantau penceramah-penceramah yang mengajar di Selangor. Jangan kata kita tidak maklumkan .., ini merupakan tindakan awal yang kita lakukan..

Program Perlancaran Bulan Kemerdekaan 2010 - Sek.Keb.Sg.Serai Kuang

16.Ogos 2010, Sg.Serai Kuang,

YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus merasmikan program pelancaran Bulan Kemerdekaan 2010 di Sek.Kebangsaan Sg.Serai Kuang.

Tuesday, August 10, 2010

"Ingatkan Pasar Gelap" rupanya Sumbangan Ramadhan oleh YB Abdul Shukur kepada Nazir Masjid,Pengerusi Surau di Zon Kundang dan Kuang

Meriah!!!, Meriah!!!!

YB Abdul Shukur menyaksikan F,EI World CUP SEA League 2010

Lawatan singkat YB - "Gotong-Royong Membersihkan Surau di BBS"

Janji terus dikotakan - YB Abdul Shukur

8 Ogos 2010, Bandar Baru Selayang,

Program Juara Rakyat, "Konvo amal perangi Dadah sempena diambang Merdeka 2010" yang dianjurkan oleh Pergerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Selayang yang diterajui oleh Roslan Basaruddin telah di Rasmikan Oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus selaku Ketua UMNO Bahagian Selayang.

Di majlis ini seramai 500 Belia bermotor dapat dikumpulkan menyertai Konvo amal perangi Dadah ke Pusat perkelahan di Hulu Langat. dalam ucapan YB, ia merasa gembira bila melihat sambutan golongan muda ini. Ia perlu digembelingkan lagi golongan-golongan ini di dalam aktiviti-aktiviti yang berguna supaya mereka ini tidak terjebak dengan aktiviti yang kurang sihat.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Sdra.Roslan (RB), agar usaha ini perlu diteruskan dan bukan hanya di sini sahaja. Dengan rasa gembira YB A.Shukur mengumumkan peruntukan serta merta sejumlah RM5,000.00 dan diberikan pada majlis yang sama.

Semoga peruntukkan ini dapat membantu dalam menjayakan aktiviti-aktiviti golongan Belia.

RoadShow "selamatkan Selangor"

7 Ogos 2010, Kundang;

Program "Roadshow Selamatkan Selangor",di mana giliran UMNO Bahagian Selayang menjadi tuan rumah mendapat sambutan yang baik dari penduduk tempatan.

Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh penceramah-penceramah jemputan seperti YB Dato' Seri Noh Omar, Sdra.Lokman Adam dan YB Abdul Shukur tentang penyelewengan PR yang memerintah Kerajaan Selangor.

PAS yang kononnya memperjuangkan Islam hanya menjadi kuda tunggangan kepada DAP dan PKR. Pemimpin mereka ini sangguh mengadaikan Islam demi kepentingan politik. Sebelum PRU-12 di dalam manifesto berbagai-bagai janji yang dilemparkan, kononnya negara kebajikan sebaliknya apa yang telah mereka lakukan di Selangor untuk Islam, nak kata kurangkan pusat hiburan , malah pusat urut dan hiburan tumbuh seperti cendawan selepas hujan di Selangor.

YB Abdul Shukur menjelaskan, bantuan yang kerajaan Pusat lakukan seperti di kawasan beliau hampir sebanyak RM700,000.00 peruntukkan telah digunakan setiap bulan bagi membantu rakyat di DUN Kuang, orang susah, OKU, Ibu Tunggal, mereka semuanya di bela. Duit kerajaan Negeri Selangor mana disalurkan ?.

Di Kuang kita yang tolong rakyat dan mereka ini kena sedar bahawa PR hanya bercakap je tiada apapun yang mereka lakukan. Hasil negeri dari pelombongan pasir mereka rompak dan di agih-agihkan kepada kroni mereka. Dulu mereka tuduh kita berbagai-bagai "kronisme-lah" tetapi sebaliknya mereka lebih teruk dari kita.

Apa-apapun orang UMNO, orang atas pagar,penyokong mereka kena sedar dan kembali bersatu, singkir mereka yang merupakan pengkhianat kepada bangsa dan negara. PRU-13 kembalikan SELANGOR kepada UMNO.

Kita merasa amat berbangga kehadiran yang ditunjukkan oleh masyarakat dalam program ini..

Insyallah kita adakan pusingan ke-2 "roadshow ini"..

Saturday, August 7, 2010

Doa dan Tahlil bersama anggota Balai Polis Kundang menyambut kedatangan Ramadhan

Lawatan Rahmat Jumaat di Bandar Tasik Puteri

6 Ogos 2010, Bandar Tasik Puteri,

Alhamdulliah, itu yang dapat dilafazkan oleh penerima sumbangan program Rahmat Jumaat yang telah menjadi satu kewajiban yang dilakukan oleh YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus setiap hari Jumaat. Program yang berteraskan turun padang mengziarahi masyarakat di kawasannya sendiri menjadikan beliau di senangi oleh masyarakat.

Kali ini giliran Bandar Tasik Puteri, sejumlah 16 buah rumah penduduk miskin, warga Emas, OKU, Ibu Tunggal dan Sek.Agama di Green Valley Park di ziarahi. Dengan cara ini beliau sendiri dapat mendengar rintihan mereka-mereka yang memerlukan bantuan serta apa jua bagi meneruskan kehidupan.

Inilah contoh terbaik yang ditunjukkan, ia perlu jua menjadi satu kemestian kepada semua pemimpin tidak kira di peringkat Ketua cawangan atau sayap kepimpinan. Dengan cara ini kita dapat memulihkan keyakinan masyarakat kepada kita serta kita buktikan kita bercakap dan berkerja.

Semoga usaha yang murni ini terus berkekalan serta mendapat keberkatan dari allah swt. ...insyallah.

Friday, August 6, 2010

YB bersama Pegawai-Pegawai Tentera Kem Batu Arang

5 Ogos 2010, Batu Arang,

YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus diraikan dalam majlis minum petang bersama-sama Pegawai-Pegawai atasan Kem Tentera Batu Arang.

Kunjungan hormat YB ke atas Pegawai pemerintah yang baru saja mengambil alih tugas di kem tersebut.Sedikit perbincangan telah dilakukan dan beberapa perkara telahpun dipersetujui oleh YB untuk membantu mereka di antaranya:

1. Membina gelanggang Futsal di dalam Kem, masyarakat setempat boleh juga mengunakannya.

2. Kemudahan lampu jalan menghala dari pekan Batu Arang ke Kem.
3. Sistem pembesar suara bagi kegunaan Surau di Kem.


Semoga hubungan ini menjalinkan satu kemesraan antara pihak Kem bersama YB..