Pages




PEJABAT UMNO BAHAGIAN SELAYANG
NO.13,LOT 19344,Jalan Kundang Kuang,48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
Tel:03-6038 8096 Fax:03-6038 8097

Thursday, January 27, 2011

BN Selangor Akan Jelajah Negeri Jelaskan Isu Pindaan Kepada Rakyat – Noh Omar

Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negeri bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai isu pindaan undang-undang tubuh negeri itu yang cuba dilakukan kerajaan Selangor semalam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar berkata kesemua wakil rakyat BN Selangor akan melawat 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menceritakan kepada rakyat perkara sebenar yang berlaku.

“Rakyat harus menilai semula keupayaan kerajaan Selangor dalam mentadbir negeri berbanding keupayaan mereka berpolitik,” katanya pada sidang media, Selasa.

Ini kerana katanya, walaupun tahu tidak akan dapat meminda perlembagaan negeri kerana ketiadaan undi majoriti dua pertiga, kerajaan Selangor tetap mengadakan sidang khas DUN semalam demi agenda politik mereka.

“Sekarang khabarnya mereka akan mengadakan ceramah untuk mengaburi mata rakyat mengenai isu itu dan BN akan memastikan rakyat tahu tujuan sebenar mereka,” kata Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dulu Haram, Sekarang Undilah Wanita Asalkan Dari PAS


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan tindakan parti itu meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Johor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menolak dakwaan kononnya parti itu tidak menerima wanita sebagai pemimpin atau wakil rakyat kerana bercanggah dengan dasar PAS.

Malah, beliau berkata PAS lebih mendahuli ke depan dengan memilih wanita sebagai calon pilihan raya berbanding dengan Arab Saudi sendiri.

“Kita (PAS) pernah memilih wanita sebagai calon pertama ketika pilihan raya (umum) pada 1955, iaitu Khadijah Sidek, ketika itu negara ini dikenali nama Tanah Melayu,” katanya kepada pemberita di sini, hari Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin Umno bahawa PAS perlu mentafsirkan semula hadis atau al-Quran bahawa wanita tidak boleh jadi pemimpin atau wakil rakyat sedangkan pada pilihan raya kecil DUN Tenang parti itu memilih Normala Sudirman sebagai calonnya.-Bernama

Di dalam pilihanraya 1990 dan sebelumnya, iaitu sejak golongan ulama menguasai PAS, mereka telah menggunakan ayat “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan” sebagai dalil yang mengharamkan umat Islam mengundi calon wanita dari Barisan Nasional.

Ia menjadi isu besar di dalam PRU 1990, bila berlaku pertandingan di antara calon lelaki dari PAS menentang calon perempuan dari BN dalam perebutan kerusi DUN Selising di Pasir Puteh Kelantan. Bagi memastikan calon mereka menang, PAS telah mengharamkan para pemilih mengundi calon perempuan BN bernama Cikgu Hajjah Wan Esah Binti Nik Hassan.

Dalil yang digunakan ialah ayat 34 Surah An Nisa’ yang ditafsirkan oleh mereka sebagai larangan Allah S.W.T kepada umat manusia dari mengangkat calon perempuan menjadi wakil rakyat. PAS juga telah menggunakan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang berbunyi,

“Tidak akan beruntung suatu kaum yang mereka menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita”

Sebelum 1990, PAS pernah meletakkan calon wanita di dalam PRU awal yang disertainya tetapi selepas golongan ulama’ menguasai parti itu, ia telah mengharamkan perletakan calon wanita berdasarkan apa yang mereka katakan sebagai larangan Allah S.W.T.

Namun begitu, bermula 2004 PAS kembali membenarkan calon wanita bertanding untuk PAS. Bagaimanapun perletakkan Normala Sudirman sebagai calon PAS di dalam PRK DUN Tenang memanaskan semula isu ini, terutama bila BN meletakan calon lelaki menentang calon wanita PAS itu.

PAS sebelum berkuasa dan selepas berkuasa

Dulu – Haram undi orang kafir
Sekarang – Kena undi kafir yg bersama PAS. Dan mesti bantu mereka, walaupun anti Islam, yang penting BN tumbang.

Dulu – Haram undi wanita
Sekarang – Undilah wanita, asalkan dari PAS.

Dulu – UMNO kafir kerana bersekongkol dengan Cina dan India.
Sekarang – Boleh sekongkol dengan kafir (atau syaitan sekalipun ?). Yang penting orang Islam dalam UMNO tumbang.

Dulu – Hudud wajib dibuat. UMNO kafir sebab ikut undang undang Reid yang kafir.
Sekarang – Dah senyap. Ada org besar PAS yang kata idea melaksana hudud perlu di timbang semula.

Dulu – Wajib tubuhkan negara Islam
Sekarang – Waktu menang di Perak, Nizar kata pada Tajol Rosli, “tunjuk bukti yg PAS mahu tubuhkan negara Islam,”. Geng geng DAP gelak sakan ketuk meja. (cari rakaman di Youtube)

Dulu – Haram sokong UMNO kerana kerajaan UMNO biarkan arak, judi dan maksiat berleluasa di Malaysia.
Sekarang – Kena kompromi. Kalau arak masih dijual kat 7-11 atau yang jual itu org Islam, tak boleh bising bising. Nak buat macammana, DAP marah nanti.

Dulu – Mahathir wajib turun sebab dah tua sangat.
Sekarang – Nik Aziz masih diperlukan walaupun kerjanya asyik masuk keluar hospital tak henti henti.

Dulu – UMNO parti kroni
Sekarang – Dlm PKR anak beranak, dalam DAP anak beranak, dalam PAS pun anak menantu. Orang lain buat tak boleh. PAS and the geng boleh.

KONG XI FA CAI - "SELAMAT TAHUN BARU CINA"


Saya dan rakan seperjuangan di dalam kepimpinan UMNO Bahagian Selayang serta seluruh ahli UMNO mengucapakan " Selamat Tahun Baru Cina " kepada rakan yang berketurunan Cina di Parlimen Selayang, khasnya Rakan komponen BN iaitu MCA,Gerakan dan yang lain.
Semoga tahun ini memberi pengertian yang besar buat mereka semua....dalam mengharungi kehidupan serta perjuangan.
" KONG XI FA CAI"

Tindakan Pas Doa Sesama Islam "Hancur" Adalah Memalukan



Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Mohd Ismail Mohd Syah menyifatkan tindakan Pas menaikkan kain rentang mendoakan keburukan UMNO adalah satu tindakan yang tidak wajar dan ianya bukan sifat seorang yang beragama Islam.

“Tindakan mereka ini tidak beradap. Ini ke parti yang memperjuangkan Islam? Ini ke cara orang Islam? Ini semua jelas tersimpang jauh dari tuntutan agam Islam. Islam menganjurkan sikap yang baik dan berdoa untuk kesejahteraan, bukan untuk mendatangkan bala, lebih-lebih lagi sesama Islam.

“Saya rasa sedih dan pelik, seorang yang berpengetahuan luas tentang agama, boleh mendoakan yang tak baik. UMNO tidak pernah berdoa yang buruk untuk Pas. Semasa Nik Aziz terlantar di hospital, Perdana Menteri datang melawat walaupun berlainan fahaman politik. Ini baru betul. Malulah orang Pas ni,” ujarnya dengan nada kesal.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu Pas yang menaikkan kain rentang dan meminta orang ramai berdoa agar Allah menurunkan bala kepada UMNO semata-mata ingin meraih undi di pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Walaupun saya ini bukan alim ulama, tetapi sebagai seorang yang beragama Islam dan percaya kepada kitab yang sama, menyembah Tuhan yang sama, seharusnya kita tahu tentang adab sopan berdoa. Jangan sampai menggadaikan maruah Islam hanya untuk kepentingan diri,” katanya lagi.

Menurut Ismail, kini jelas terbukti UMNO sahaja yang benar-benar parti politik yang telus dan sentiasa memperjuangkan agama Islam dengan baik dan telus. Tiada kompromi tentang agama.

“Saya benar-benar tidak faham dengan sikap Pas. Nama sahaja memperjuangkan Islam tetapi sikap dan tingkah laku mereka amat bercanggah. Sudah lah sering bersikap ganas dan kini cuba memperlekehkan agama pula,” ujarnya.

Beliau amat berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap perkara ini. Baginya, kempen Pas ini amat keterlaluan dan ianya tidak patut dibiarkan.

“Kempen seperti ini bukan sahaja tidak patut, malah memalukan agama Islam sebagai agama rasmi Negara. Saya amat berharap, SPR akan memandang serius perkara ini,”

Keluhan Bekas Muslimah PAS......

Pas Kian Hanyut Jauh Tersasar, Tidak Macam Dulu


Assalamualaikum.

SAYA adalah bekas muslimah Pas yang berjuang habis-habisan demi parti. Saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyingkap hati saya yang terhijab. Saya dapati Pas hari ini telah berubah sama sekali.

Orang bukan beragama Islam boleh masuk ke dalam surau dengan pakaian kebaya ketat tanpa tudung, berdiri memberi ucapan di tempat makmum sujud menyembah Allah! Semua yang hadir, iaitu kaum lelaki duduk di lantai melangut memandangnya.

Masya-Allah. Kami, muslimah Pas pun tak boleh sampai berhampiran mimbar. Apakah jemaah surau berkenaan bertanya kepada Teo Nie Ching, adakah dia datang bulan atau beritahu beliau, kalau nak masuk surau, kena bertudung?

Timbul lagi kegusaran saya apabila dia muncul di pekarangan masjid dengan baju ketat tanpa lengan, sedangkan kami dahulu tidak boleh bersenam bersama lelaki.

Kaum lelaki, yang berkopiah pula seronok bergambar dengan wanita tidak menutup aurat ini.

Sedih, Pas sudah banyak berubah. Dahulu, kami berkempen, undi orang kafir, jadi kafir.

Selalu perkataan yang kami ucapkan, jika memilih pemimpin bukan Islam, ‘Mati esok, si kafir itu akan sembahyangkan jenazah kita…’ Itulah selalu yang kami jaja.

Saya ingin bertanya kepada pembela Karpal Singh, apakah Karpal Singh akan mengimamkan sembahyang jenazahnya nanti?

MUSLIMAH TERPEDAYA
Lembah Klang

Siapa Sebenarnya Pelacur Agama??

Bukan main lagi para penyokong Pas menghentam Barisan Nasional (BN) di dalam isu azan yang didakwa ditimbulkan oleh ahli seumur hidup MCA di ibu negara.

Penyokong Pas dengan begitu gembira sekali melabelkan bahawa UMNO tak mampu mendakwahkan kafir didalam MCA untuk menghormati Islam di dalam negara.

Sebenarnya Pas lupa bahawa puak-puak merekalah yang selama ini terlampau memberi muka kepada kafir yang menentang Islam. Pas telah memberi lesen besar kepada DAP untuk mencampuri urusan agama dan juga ibadat umat Islam demi kepentingan politik mereka.

Siapa yang menyebabkan orang kafir membaca ayat Quran untuk berceramah politik? Siapa yang terpekik-pekik bertakbir apabila orang kafir membaca tafsir Quran tak betul di dalam perhimpunan politik? Dan siapa pula yang membenarkan orang kafir bertazkirah di dalam ruang mimbar tempat orang Islam sujud kepada Allah?

Jangan lupa juga peristiwa orang kafir dengan mudahnya bersenamrobik di dalam kawasan masjid. Begitu juga berdemonstrasi dan juga menjadikan masjid sebagai tempat perhimpunan haram.

Siapa yang bertanggungjawab terhadap perlakuan biadap orang kafir kalau bukan para pemimpin munafik yang berserban dan berjubah labuh di dalam Pas.

Di mana suara para penyokong Pas bila semua ini berlaku? Teressa Kok juga pernah menghina azan. Malah Teressa Kok ditahan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO kerana dakwaan cuba memperlahankan laungan azan. Tetapi apa yang Pas buat?

Mereka sehingga kini terang-terangan masih menyokong Teressa Kok yang pernah menghina seruan untuk sujud menyembah Allah.

Pemimpin-pemimpin Pas juga sehingga hari ini masih lagi tak malu untuk memeluk Lim Kit Siang serta Karpal Singh yang langsung tak bersetuju dengan negara Islam.

Jika kafir yang jelas menentang kewujudan negara Islam pun PAS boleh peluk, apakah ini menunjukkan bahawa Pas peduli terhadap kehormatan agama rasmi negara ini?

Sebab itulah dikatakan bahawa pemimpin Pas itu munafik. Mereka hanya pandai bermuka-muka untuk meraih sokongan bagi mengekalkan jawatan politik mereka sahaja. Dan mereka bernasib baik kerana mempunyai para penyokong yang berotak udang untuk mempercayai bulat-bulat apa yang disajikan oleh Tok Guru mereka.

Penyokong-penyokong Pas patutnya sedar, berdakwah kepada orang kafir bukannya dengan membenarkan mereka sewenang-wenangnya mempergunakan ayat Quran dan Hadis. Berdakwah kepada orang bukan Islam juga bukannya dengan cara mempelawa mereka untuk berceramah dipentas dengan berlambangkan bendera parti bulan.

Itu bukan berdakwah namanya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Itu sebenarnya dinamakan melacurkan agama demi sebuah politik sempit. Dan itulah yang sedang dan semakin ghairah dilakukan oleh para pemimpin parti bulan.

UMNO dan kerajaan dituduh bersekongkol dengan kafir untuk memerintah negara, tetapi bagaimana pula Pas yang sanggup berkhalwat bersama kafir harbi DAP yang jelas tak mahukan negara yang berpaksikan Islam?

Jika benar UMNO itu sekular dan tak mengamalkan pemerintahan Islam, pasti DAP sudah lama berkerjasama dengan UMNO dan bukannya Pas.

Apakah ini pun masih susah untuk dibezakan oleh para penyokong Pas?



Friday, January 21, 2011

BN hadir tetapi tolak cadangan pinda

Barisan Nasional (BN) Selangor memutuskan menolak langkah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 bagi memberikan kuasa kepada Menteri Besar melantik tiga pegawai eksekutif negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pendirian itu dibuat hasil daripada mesyuarat melibatkan 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan seorang ADUN Bebas, di sini, hari ini.

Katanya, walaupun kesemua ADUN BN akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan khas untuk tujuan itu, pada Isnin ini ia tidak bermakna mereka menyokong pindaan berkenaan.

Pendirian BN itu tegas Noh disebabkan, pindaan berkenaan hakikatnya bagi membolehkan Menteri Besar mempunyai kuasa melantik SUK termasuklah kuasa menasihati Sultan Selangor.

“Pindaan ini dibuat kerana Menteri Besar tidak ada kuasa dalam melantik SUK. Sebenarnya Menteri Besar bukan mahu memberikan kuasa kepada Sultan Selangor, tetapi dia mahukan kuasa dalam keputusan yang dibuat oleh baginda melalui ‘nasihat daripada Menteri Besar’.

“Malah, pindaan ini juga kita dapati merupakan satu kerja yang sia-sia dan tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana peruntukan perlembagaan negeri sedia ada dalam pelantikan SUK tidak membelakangkan kuasa Sultan Selangor.

“Kita akan hadir dalam sidang DUN nanti kerana Sultan Selangor telah memperkenan dewan ini bersidang mengikut bidang kuasa baginda. Tetapi, perkenan baginda mengadakan sidang itu tidak bermakna baginda setuju dengan pindaan perlembagaan negeri, ia terpulang kepada dewan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN Selangor tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman.

Dalam mesyuarat itu, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor turut mengumumkan pelantikan ADUN Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun sebagai Timbalan Ketua Pembangkang negeri.

Dalam pada itu, Noh turut menyatakan bahawa pindaan yang mahu dilakukan oleh kerajaan negeri itu juga sebenarnya tidak logik.

Ini kerana katanya, cadangan pindaan itu sebenarnya berpunca daripada keengganan Menteri Besar menerima Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK meskipun telah diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini.

Malah, pindaan itu juga dilihat turut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana pelantikan SUK Selangor adalah sama seperti diamalkan di negeri-negeri Melayu bersekutu.

Pada masa yang sama, Noh turut menyelar sikap kerajaan negeri yang tidak telus meminda perlembagaan negeri kerana sehingga kini tiada sebarang draf pindaan itu diberikan kepada ADUN BN.

Katanya, Ketua Pembangkang negeri (Mohamad Satim) telah mengemukakan surat kepada Setiausaha DUN, pada Isnin lalu tetapi tidak sebarang mendapat maklum balas sehingga ke hari ini.

“Di mana ketelusan kerajaan negeri, mereka kata nak pinda perlembagaan negeri atas dasar kepentingan umum. Sepatutnya mereka berikan draf pindaan lebih awal untuk kita teliti dan bahaskan di dalam sidang DUN.

“Namun hingga ke hari ini tidak diberikan seolah-olah kerajaan negeri mahu ‘menyerang hendap’ ADUN BN pada sidang dewan itu nanti,” ujarnya.

Kenyataan Penuh UMNO Selangor

AHLI-AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Negeri Selangor menjunjung perkenan ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor di atas pemahsyuran baginda mengenai persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri pada 24 haribulan Januari 2011 nanti.

Sebagai hamba rakyat, ADUN Barisan Nasional akan hadir demi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Kami sependapat Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya lebih bertanggungjawab dan tidak cuba mempolitikkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.Bhg. Dato’ Mohd. Khusrin Munawi ke tahap ini.

Kami khuatir bahawa ianya akan menjadi tindakan sia-sia yang akan menjejaskan urusan kerajaan dan ini tidak mendatangkan faedah kepada rakyat Selangor amnya. Sebaliknya hanya menjaga ego sorang Menteri Besar.

Kami merasakan tujuan beliau ialah hanya untuk memperkasakan (empower) beliau sebagai Menteri Besar dan bukan untuk tujuan yang lain.

Dalam pada itu kami, selaras dengan Perintah Tetap 48, Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor menuntut Speaker DUN atau Menteri Besar Selangor menyerahkan kepada kami kertas langkap deraf cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Selangor bagi membolehkan kami mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Kami menganggap tindakan kerajaan negeri untuk hanya membekalkan kepada kami deraf cadangan ini pada hari terakhir ataupun pada hari persidangan dewan itu diadakan sebagai taktik ‘“’serang hendap’.

Kami berpendapat gesaan ini adalah amat wajar memandangkan persidangan tergempar ini bukanlah satu persidangan yang biasa diadakan, Malahan ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana suatu persidangan perlu diadakan dalam keadaan tergesa-gesa dan terburu-buru apatah lagi ianya melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Negeri Selangor.

Malangnya hingga ke hari ini tidak seorangpun ADUN Barisan Nasional telah diberikan deraf lengkap pindaan perlembagaan itu kecuali apa yang telah dilaporkan oleh media massa mengenai cadangan pindaan kepada Artikel 52(1).

Kami merasakan cadangan pindaan ini sebagai bertentangan dan ‘ultra vires’ kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 74 Jadual ke 9 senarai negeri.

Sunday, January 16, 2011

Politik Sesumpah Anwar Buat Pas Jadi Pencacai

Pas takkan diberi peranan yang lebih besar didalam Pakatan Rakyat. Tambah-tambah lagi bila tengok Anwar Ibrahim yang diangkat jadi kepala dorang yang kononnya mewakili kehendak dan perubahan yang dimahukan oleh rakyat bawahan.

Korang mesti tahu perangai Anwar didalam ABIM dulu. Orang-orang lama didalam politik mesti cukup faham bagaimana Anwar mempergunakan rakan-rakannya yang bijak beragama di dalam ABIM untuk kepentingannya sendiri.

Antara rakan-rakan Anwar didalam ABIM dulu ialah…Arwah Fadzil Nor, Nakhaei Ahmad, Kamarudin Mohd Nor, Fuad Hassan, Kamarudin Jaafar, Ghazali Nawawi, Abdul Ghani Shamsudin, Sidiq Fadzil, Abdul Hadi Awang dan beberapa orang lain yang tak berapa kenal. Tapi semua dorang ni tak berjaya seperti Anwar. Kenapa?

Perkara yang korang perlu tahu pasal Anwar ialah, dia mengamalkan politik cantas-mencantas ataupun dalam bahasa Kelantannya “cah keting”.

Anwar takkan teragak-agak untuk mencantas sesiapa saja yang menjadi penghalangnya didalam usaha untuk dia berkuasa.

Dan setakat hari ni, sorang je yang Anwar tak berjaya cantas iaitu Tun Mahathir. Yang lain semuanya “layu” dicantas oleh Drama King ni.

Macam tu lah jugak semasa Anwar berada didalam UMNO dulu. Jangan pulak korang nafikan bahawa Anwar lah yang menyuburkan budaya politik wang dan juga amalan cah keting didalam parti keramat Melayu ni.

Kalau tak kerana politik wang dan budaya cantas Anwar, Arwah Tun Ghaffar takkan tewas ditangan manusia pembelit ni.

Masa di dalam ABIM dulu, kenapa Anwar suruh Arwah Fadzil Nor dan Hadi masuk Pas kononnya untuk bantu Pas menegakkan Islam? Dia berjanji pada masa tu yang dia juga akan bertanding di dalam Pas tetapi akhirnya dia menerima pelawaan Tun Mahathir untuk menyertai UMNO.

Bila ramai rakan-rakannya dalam ABIM mempertikaikan tindakan Anwar ni, dia memberikan alasan yang dia mahu membersihkan UMNO dari dalam. Korang cuba fikir, selama Anwar di dalam UMNO, dia membersihkan parti melayu tu atau menambah busukkan lagi parti tersebut?

Dia,..Anwar memang bijak memanipulasikan sesuatu perkara untuk kepentingan peribadi sendiri. Antara yang terawal permainan politik radikal Anwar ialah demonstrasi membantah kemiskinan di Baling yang kemudiannya disahkan tidak benar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dan selepas dia dipecat dari UMNO dan dipenjarakan atas tuduhan salahguna kuasa, Anwar mula gerakkan balik amalan demonstrasinya bagi menghuru harakan negara.

Ini memang sikap Anwar yang suka memprotes dan membangkang jika kemahuannya tak dipenuhi.

Selepas dia keluar penjara, Anwar mula mempergunakan Pas untuk membalas dendam terhadap UMNO.

Dendam kesumat Pas terhadap UMNO digunakan sebaik mungkin oleh Anwar bagi membalas perbuatan kepimpinan UMNO yang menyekat mimpinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Kalau korang perhati betul-betul, Pas tak lain hanya menjadi alat politik Anwar. Anwar tahu pemimpin-pemimpin Pas takkan mampu menandinginya dari segi kepimpinan dan putar belit.

Anwar jugak tahu bahawa Pas masih bergantung pada kekuatan UMNO di dalam politik negara kerana saingan bagi Pas hanyalah UMNO, bukannya MCA atau MIC.

Sebab itu Anwar lebihkan DAP didalam segala hal pemerintahan dan pentadbiran Pakatan. Pas hanya digunakan sebagai penasihat salah laku moral dan juga menjadi penghapus dosa-dosa yang dilakukan oleh kroni-kroni Anwar dalam Pakatan.

Jadi, apa yang kita boleh labelkan Pas yang kini dibawah kekuasaan Anwar Ibrahim?

Pas boleh diibaratkan seperti pencacai tukang angkat najis didalam Pakatan, dan Pas juga boleh disamakan dengan tukang sapu dan orang gaji didalam gagasan Pakatan pembangkang.

Tak boleh nak fikir taraf yang lebih baik untuk Pas di dalam Pakatan sekarang ni kerana hanya itu saja yang Pas layak sebenarnya pun!

Larangan orang Islam bekerja di premis jual arak tidak sependapat



Ikrar Pas untuk bekerjasama dengan DAP dilihat bersifat retorik semata-mata apabila kedua-duanya tidak sependapat dalam isu larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak di Subang Jaya.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, ketika Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menyokong langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang membenarkan orang Islam bekerja di premis seumpama itu, dua anggota Exco daripada DAP pula tidak bersetuju.

Menurutnya, Exco kerajaan negeri daripada DAP iaitu Teresa Kok dan Ronnie Liu dilaporkan telah meminta MPSJ menarik balik larangan orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak.

''Kita lihat wujudnya konflik antara Pas dan DAP di negeri ini. Soalnya, Pas sebelum ini menyatakan mereka adalah parti yang memperjuangkan Islam selain mengumumkan akan tetap bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah satu pakatan.

''Apakah jenis kerjasama ini. Apakah Pas sanggup bersama-sama DAP yang jelasnya menolak Islam itu sendiri melalui bantahan pelaksanaan larangan berkenaan. Oleh itu, Pas harus menyatakan pendiriannya dalam hubungan mereka dengan DAP," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pada 10 Januari lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang akhbar selepas Program Solat Hajat dan Ceramah Perdana di Stadium Malawati di sini mengumumkan pendirian parti itu untuk tetap bersama-sama dengan DAP dan PKR.

Menurut Abdul Hadi, ketiga-tiga parti pembangkang itu akan terus bekerjasama selain menyatakan kedudukan mereka ketika ini berada dalam keadaan kukuh dan tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang turut mempersoalkan pimpinan Pas sama ada akan mengenepikan hukum Islam semata-mata hanya mahu mengadakan hubungan politik dengan DAP yang jelas dilihat menolak hukum agama itu sama sekali.

"Jika Pas mengatakan mereka bersama-sama DAP, kenapa dalam soal ini mereka tidak sepakat. Jika isu larangan ini Pas dan DAP tidak sependapat, bagaimana pula dengan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran negeri ini, sudah tentu timbul banyak masalah," ujarnya.

Friday, January 14, 2011

Lawatan Rahmat Jumaat Kg.Baru Pekan Kundang

Memang jadi tradisi YB Abdul Shukur setiap hari Jumaat,mengadakan lawatan turun padang menyampaikan sedikit sumbangan kepada masyarakat yang miskin lagi memerlukan. Kali ini Kg.Baru Pekan Kundang dipilih untuk diziarahinya.

Ia terdiri dari masyarakat kaum Cina, tanpa mengira latarbelakang politik, sumbangan tetap dihulurkan kepada Warga Emas serta orang miskin. Banyak perkara yang dapat dilihat sendiri oleh beliau serta masalah masyarakat setempat.

Cara ini boleh mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat. Kita sebagai wakil rakyat harus tahu keperluan rakyat dan bukan hanya berpolitik kerja tak buat,...kata beliau ..

Pas Dicabar, Apakah Anwar Pemimpin Islamik Yang Dicari Pas Selama Ini?



Kepimpinan Pas khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menilai dan memikirkan dengan mendalam kedudukan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada layak atau sebaliknya untuk terus memimpin mereka.

Setiausaha UMNO Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata kekhuatiran timbul setelah melihat tindak tanduk Anwar hari ini yang tidak lagi ‘Islamik’ dan tidak sejajar dengan apa yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan Pas.

Menurut beliau Pas perlu lihat adakah Anwar begitu serius untuk memimpin dalam soal perpaduan di negara ini atau mempunyai kepentingan politik peribadi khususnya menjayakan agenda yang terpendam setelah dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada satu ketika dahulu.

“Cuba kita imbau bagaimana Anwar selepas keluar daripada penjara sehingga ke hari ini yang mana kita tidak mendengar sebarang berita pemergian Anwar ke tanah suci Mekah baik untuk menunaikan umrah atau menunaikan haji. Sepanjang pengetahuan sayalah, kita tidak mendengar khabar beliau pergi ke sana. Paling-paling dekat dengan tanah suci pun, saya rasa sekadar di Dubai

“Apa yang kita tahu, selepas keluar daripada penjara, beliau mendapatkan rawatan di Jerman selain kerap ke Amerika. Kebiasaanya, kita sebagai umat Islam, apabila berdepan dengan sebarang musibah, sudah pasti kita berhajat untuk ke ke tanah suci.

“Nik Aziz baru pun sahaja pulang daripada Mekah sebelum ini….takkan Anwar yang merasakan difitnah dan diaibkan tidak ada keinginan langsung untuk berdoa di depan Kaabah. Kalau nak kata tidak berkemampuan, itu tidak logik kerana Anwar mempunyai cukup syarat untuk menunaikan rukun Islam tersebut,” katanya kepada UMNO-Online.

Alwi yang juga ADUN Kok Lanas seterusnya menambah, atas faktor berkenaan, bersediakah Nik Aziz dan Hadi untuk menerima kepimpinan Anwar dalam menerajui kepimpinan pembangkang.

Tambahan pula tegas beliau, bukankah Hadi baru-baru ini menegaskan tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan berhubung agenda negara Islam.

“Ini adalah soal asas kepimpinan Islamik. Apakah Anwar begitu ‘Islamik’ di mata Hadi dan Nik Aziz. Apakah tindak tanduk Anwar memenuhi ciri-ciri kepimpinan Islam yang Nik Aziz dan Hadi cari dari sejak dari dahulu hingga ke hari ini,” katanya.

Beliau seterusnya meminta kepimpinan Pas menilai apakah status mereka dalam pakatan pembangkang hari ini sama ada “junior atau senior partner”.

“Kalau sekadar jadi ‘pak turut’ tidak ada maknanya. Bukankah Pas mempunyai jentera yang kuat dan adakah mereka rela melihat jenteranya diperkudakan oleh sekutu mereka DAP dan PKR,” katanya

Thursday, January 13, 2011

Ucapan YB Abdul Shukur, pertemuan dengan KEMAS Parlimen Selayang

Ucapan YB Abdul Shukur sewaktu pertemuan dengan pegawai-pegawai KEMAS dan pengerusi - pengerusi Jawatankuasa KEMAS Parlimen Selayang yang diadakan di Pejabat DUN Kuang.

Ucapan 1

Ucapan 2

Ucapan 3

Wednesday, January 12, 2011

Cabul Kanak-kanak PASTI, Pas Hulu Selangor Dicabar Tampil Beri Penjelasan

Pas Hulu Selangor hari ini dicabar untuk tampil menjelaskan dakwaan penglibatan Pengerusi JKKK Kuala Kubu Bharu yang merupakan Setiausaha Pas Hulu Selangor dalam kes mencabul pelajar-pelajar PASTI di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini bukan cuba melencongkan isu.

Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim berkata tindakan Pas mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam kes tersebut bukanlah satu tindakan yang bijak malah memperlihatkan Pas cuba menyembunyikan sesuatu.

Tegasnya Pas tidak sepatutnya mengelakkan diri atau menutup kesilapan mereka dengan menjadikan UMNO dan BN sebagai ‘kambing hitam’ dalam kes tersebut.

“Kenapa perlu mereka menembak membabi buta…sepatutnya mereka perlu rasional dan bersedia membuat laporan polis bagi menjernihkan keadaan mereka. Kita juga tidak mahu maruah pemimpin Pas itu menjadi perbualan ramai.

“Betul atau tidak biarlah pihak berkuasa menentukan. Kita tidak mahu campur urusan mereka tapi apa yang pasti kita tidak mahu terjadi seperti mana dakwaan kes tangkapan khalwat ADUN Selising yang didedahkan oleh pemimpin Pas sendiri”, katanya.

Sebagai mengulas isu dakwaan mencabul kanak-kanak tadika PASTI yang dikatakan membabitkan Setiausaha Pas Hulu Selangor.

Pas kata beliau lagi tidak sepatutnya menjadi seperti kura-kura menyembunyikan kepalanya apabila dakwaan seumpama ini melibatkan pemimpin mereka .

“Bak kata pepatah bangkai gajah ditutup dengan apapun, tetap akan berbau juga akhirnya.

“Kita sedih kerana bertopengkan agama tapi realitinya, mereka gagal kawal diri mereka sendiri. Jika sebelum ini, wujud dakwaan melibatkan isteri orang dalam dakwaan kes ADUN Selising, kini kita kecewa anak-anak kecil turut menjadi mangsa nafsu serakah mereka yang bertopengkan agama selama ini,” tambahnya. -

**Agar-agarnya undi PAS masuk syurga kot ....fikir-fikirkan

Menyalak Cari Salah Orang Memang Perangai Pembangkang



UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak lagi perkara berfaedah untuk dilakukan bagi membela rakyat daripada mengikut rentak politik haru biru pakatan pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus berkata seperti kelaziman pakatan pembangkang akan melencongkan apa juga isu kepada UMNO dan BN terutama apabila mereka tersepit dalam tindakan yang mereka lakukan.

Justeru beliau mengingatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad agar tidak membuat tuduhan melulu terutama dakwaan kononnya UMNO yang menjadi dalang kepada pemasangan sepanduk yang menyentuh institusi diraja Selangor yang dikesan dipasang di bandar raya ini baru-baru ini.

“Ingat kita takde kerja ke macam mereka…siang malam, pagi petang main politik. Kita ada banyak lagi tugas untuk mendampingi dan membantu rakyat daripada melakukan kerja tidak beretika sedemikian.

“Ini memang perangai pembangkang jika ada perkara yang buruk mereka akan dakwa ia dilakukan oleh UMNO seolah-olah mereka itu malaikat dan sentiasa betul. Kalau UMNO bagi bantuan ke, duit ke, mereka kata itu rasuah tapi kalau mereka bagi, duit itu dikira zakat,” katanya ini hari ini.

Tegas beliau lagi kerja pakatan pembangkang memang mudah yang baik mereka mengaku tapi yang buruk tolak pada BN.

“Inilah kerja mereka selama lebih dua tahun memerintah….cari untung peribadi dan cari salah BN untuk tutup kelemahan diri”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan Ahli Parlimen pakatan pembangkang, Khalid Samad bahawa UMNO yang bertanggungjawab bagi pemasangan sepanduk yang menyentuh institusi diraja Selangor yang dikesan dipasang di sekitar bandar raya ini.

Pada sepanduk yang tertera perkataan “Di manakah Keadilan Sultan Dalam Isu Pemilihan SUK?, Siapa lebih Berhak” dan “Raja Adil Raja Disembah dan Raja Zalim Raja Disanggah” itu turut tertera lambang DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta perkataan “Biro Penerangan Parti Keadilan Negeri Selangor.

Menafikan sepanduk itu dipasang oleh parti pakatan pembangkang berkenaan, Khalid berkata: “Ini tindakan terdesak orang UMNO”.

Beliau juga mendakwa tujuan UMNO memasang sepanduk itu ialah untuk melaga-lagakan kerajaan pakatan pembangkang dengan institusi diraja Selangor.

Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kuang seterusnya berkata sepatutnya kerajaan pakatan pembangkang yang mengambil alih Selangor daripada BN menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri dan bukannya sibuk berpolitik dan membuat ceramah ke hulu ke hilir.

Sementara itu, mengenai cabaran Khalid supaya kesemua 20 Anggota Dewan Undangan Negeri dari BN menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri yang dijadual 24 Jan ini bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan semula kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, beliau berkata: “Kalau undang-undang yang ada sudah baik buat apa nak diubah”.

Beliau berkata pindaan itu sebenarnya lebih kepada untuk mengembalikan kuasa kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah masih lagi mempunyai kuasa kerana kalau tidak masakan Jabatan Perkhidmatan Awam meminta perkenan baginda dalam pelantikan SUK yang baru”, katanya.

Mesyuarat Daftar Pemilih - Parlimen Selayang

Satu mesyuarat yang mengfokuskan kepada daftar pemilih bagi Parlimen Selayang telah diadakan di pejabat DUN Kuang yang dipengerusikan oleh YB Abdul Shukur selaku Ketua UMNO Bahagian Selayang.
Semua Pengerusi PDM (Pusat Daerah Mengundi) di Parlimen Selayang bersama kepimpinan sayap-sayap Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri hadir sama dalam majlis ini.
Semoga usaha ini membantu dalam mengembalikan pentadbiran UMNO di Selangor.

Tembelang Anwar PKR Dedahkan


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Tak ada upah tak ada sapa bayar,
Tembelang PKR ahli dedahkan.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah hamba menumpang mandi,
Patutlah PKR jadi tunggang-langgang,
Mesej perjuangan tak ada ikhlas di hati.

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Aduhai PKR, aduhai Anwar,
Terduduk terlentang macam nak mati.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Kalau dah Anwar taktiknya salah,
Padanlah muka sebab ikut kata hati.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Kalau Anwar berani tampillah diri,
Langsung tak de suara bila pecah tembelang.

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Anwar nak lari dah tak ada tempat,
Inilah perosak bangsa Melayu.

Rumah Pak Mamat di tepi sawah,
Pakai langsir berwarna biru,
Ooi Anwar tak payah nak cari helah,
Semua dah tahu PKR parti haru.

Air pasang dalam surut pukul lima,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
Kata orang nipotisma, kronisma,
Anwar tu air liur meleleh mulut ternganga.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Salah Anwar semua dah nampak,
Itulah manusia penuh kepura-puraan.

Limau purut masak di dahan,
Batang selasih condong uratnya,
Anwar diturut tak boleh jalan,
PKR rebah dah tau apa sebabnya.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda,
Ana banyak takut jalan tutup mata,
Kerana PKR dan Anwar semua porak-peranda,
Hanya mimpi kuasa, pangkat dan wang berjuta.

Buai laju laju,
Sampai pokok sena,
Woiii Anwar cita-cita ko tak kan maju,
Boleh jalan la, ikut suka nak pegi mana.

Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Anwar bukan sesiapa lagi,
Jawatan Ketua Umum pun orang dah dok hinggap.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Marilah sama-sama kekalkan kemerdekaan,
PKR dan Anwar tak payahlah ambil tahu.

Kepada UMNO Kita Berpaut, UMNO Tumbang Hilanglah Melayu



Pohon nyior di tepi laut,
Dimakan kumbang pucuknya layu,
Kepada UMNO kita berpaut,
UMNO tumbang hilanglah Melayu.

Dari Chenor pergi ke Deli,
Di pasar seberang ayam berlaga,
UMNO tidak boleh dijual beli,
Bukan barang untuk berniaga.

Di pasar seberang ayam berlaga,
Sayap terdampar patah tajinya,
Bukan barang untuk berniaga,
Kalau dicabar nyawa padahnya.

Kapal belayar dari Asfahan,
Ambil gergaji jadi jemudi,
Martabat Melayu harus dipertahan,
Walau telus setitik budi.

Pilih-pilih tempat mandi,
Pertama teluk, kedua pantai,
Pilih-pilih sempat menjadi,
Pertama elok kedua pandai.

MB Selangor Cuba Ambil Alih Kuasa Sultan?

REGIM Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor terus cuba mempolitikkan segala-galanya dalam menguruskan pentadbiran di negeri Selangor termasuk awal bulan ini, kita menyaksikan bagaimana isu air dipolitikkan sehingga beliau menyalahgunakan RM 265,000 wang rakyat untuk membiayai `Demonstrasi Haram baju Merah’ di Masjid Negara.

Apa kuasa MB? Adakah lantik SUK itu kuasa MB? Undang-undang mana yang perlu diikut dalam soal perlantikan ini ?

Dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, dengan jelas disebut antara kuasa Sultan adalah untuk memperkenan melantik MB dan Jemaah Exco. Jemaah Exco itu termasuklah SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri. Ketiga-tiga pegawai kanan Pentadbiran negeri ini merupakan ahli Exco (Ex-Officio) kepada Jemaah kabinet negeri yang disebut Exco itu.

Secara specifik juga dinyatakan SUK harus dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan. Suruhanjaya disini bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Walaupun perkataan “awam” tidak ada disebut, namun ia membawa maksud SPA kerana jawatan SUK itu adalah jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kanan.

Jawatan pegawai PTD kanan ini lahir melalui sistem SPA. Ia juga amalan lazim yang sudah diterima sebagai konvensyen kaedah perlantikan SUK di Selangor yang mewarisi sistem pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Yang lebih mustahak, Menteri Besar tidak mempunyai kuasa lantikan tersebut. Juga perkenan dan makluman MB tidak perlu diminta. Lantik, perkenan atau maklumkan kepada MB memang tidak disebut dalam undang-undang tubuh Kerajaan Negeri. Adakah MB boleh tubuhkan Suruhanjaya ?

Jawapan nya tidak kerana Suruhanjaya perlu diluluskan oleh Parlimen dengan kelulusan Undang-undang. MB juga tidak ada kuasa di bawah Undang-undang negeri untuk menubuhkan Suruhanjaya. Apatah lagi bila MB “bermain pondok-pondok” dengan mewujudkan “panel” menemuduga bakal SUK.

Yang perlu diminta perkenan adalah Sultan, kerana baginda diberi kuasa demikian untuk melantik MB dan Jemaah Exco seperti mana yang disebutkan awal ini. Oleh yang demikian mempertikai perkenan Sultan merupakan perderhakaan kepada Institusi Beraja yang sekian lama terlaksana dinegeri Selangor ini.

Kisah pertikaian perlantikan SUK ini bukan pertama kali berlaku di negeri Selangor. Di zaman pemerintahan BN dan semasa Sultan Abd Aziz Shah menjadi Sultan, baginda juga pernah tidak memperkenan perlantikan seorang SUK, yang akhirnya calon SUK tersebut digantikan dengan orang lain.

Selangor lahir dengan tamadun zaman berzaman sejak Bendahara Agung Melaka Tun Perak menjadi Penghulu di Kelang. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 merupakan undang-undang yang dinobatkan berpandukan pelbagai dokumen yang mengikat zaman-berzaman. Undang-undang ini akan terus mengikat sesiapa sahaja yang menjadi membesar dan pemerintah di Selangor ini.

Baginda Sultan tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri Selangor, seperti yang di gembar-gemburkan oleh juak-juak pakatan. Baginda cuma melaksana kuasa yang diberikan oleh Undang-undang, agar pentadbiran negeri berjalan dengan lancar, baik dan aman untuk kepentingan rakyat jelata.

GAPS menyeru kepada regim Khalid agar segera meletakkan jawatan kerana sentiasa mempolitikkan semua perkara dalam pentadbirannya dalam masa 3 tahun ini. Selangor nampaknya menjadi mundur, miskin dan kacau bilau dalam tempoh ini. Ini terbukti dari pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri lewat tiga tahun ini.

Selangor Darul Ehsan akan lebih sejahtera, aman dan makmur dengan kepimpinan negeri yang dinamik, terbuka, bertanggung jawab dan kurang “politiking’’.

Solat Hajat “Selamatkan Selangor”… Insyaallah Selangor Akan Selamat

Sepanjang ingatan penulis, setakat hari ini, solat hajat Pas sememangnya lebih menguntungkan UMNO dan BN berbanding Pas dan Pakatan Pembangkang (PR).

Suatu ketika dulu Pas pernah menganjurkan solat hajat Pas untuk memohon agar Allah SWT menunjukkan kebenaran mengenai Anwar Ibrahim. Akhirnya Allah SWT menunjukkan satu demi satu penipuan yang dilakukan, bermula dengan dongeng racun arsenik, suntikan HIV, sakit tengkuk, lari ke Kedutaan Turki kerana nyawa terancam, tragedi 16 September, gerakan keluar beramai-ramai pemimpin PKR dan terkini drama perbicaraan Liwat siri 2.

Penulis juga masih ingat, solat hajat Pas yang dilakukan dengan penuh riya’ di hadapan orang ramai dan khabarnya di Ipoh, tidak menghadap ke arah qiblat. Akhirnya hasil solat hajat ini juga berpihak kepada UMNO dan BN apabila mahkamah memutuskan bahawa Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar Perak yang sah.

Mungkin disebabkan faktor ini, selepas Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi tentang kedudukan Nizar sebagai MB Perak pada bulan Mei 2009, Nizar lebih suka mengadakan mogok lapar berbanding melakukan solat hajat.

Selepas menyedari perbuatan itu tidak Islamik, Nizar telah mengubahnya menjadi puasa sunat yang sekadar membuktikan tahap kefahaman agama Islam Nizar yang begitu dangkal. Mungkin Nizar hendak mengelak dari melakukan solat hajat kerana dia sudah boleh menjangka bahawa hasil solat hajat ini juga akan menyebelahi UMNO dan BN.

Kali ini Pas melakukan solat hajat lagi di Stadium Melawati, Shah Alam. Temanya pun sedap ‘Selamatkan Selangor’. Soalnya Selamatkan Selangor daripada siapa dan untuk apa?

Jika solat hajat ini untuk menyelamatkan Selangor dari kelemahan tadbir urus dan rasuah, maka terbukti sehingga hari ini Menteri Besar Khalid Ibrahim telah gagal dalam melaksanakan tanggung jawabnya.

Isu kecurian pasir, rasuah pemimpin DAP yang ter’hapus’ akibat kematian misteri Teoh Beng Hock, pemindahan kuil, pemindahan tanah perkuburan di tanah waqaf dan janji-janji Pilihan Raya Umum ke-12 yang masih belum ditunaikan adalah antara kelemahan kepimpinannya.

Rakyat turut mempersoalkan bagaimana wang rakyat boleh disalah gunakan untuk menggerakkan aktiviti media PR menerusi akhbar Selangorkini dan demonstrasi jalanan kerajaan negeri menentang Syabas.

Adakah solat hajat untuk Selamatkan Selangor ini untuk menegakkan Islam di negeri Selangor?

Kalau itu matlamatnya, maka Pas perlu berhati-hati kerana setakat ini di dalam negeri Selangor terbukti bukan sahaja kerajaan PR Selangor gagal menghapuskan sama sekali kilang arak, premis judi, premis menjual arak, termasuk hotel dan 7-Eleven, premis-premis maksiat termasuk rumah urut dan karaoke serta konsert-konsert hiburan seperti yang diperjuangkan oleh Pas selama ini, malah diberitakan bahawa jumlah premis-premis ini pula semakin bertambah.

Sekiranya `Selamatkan Selangor’ bermaksud Pas mahu menghapuskan kepercayaan `syirik’ berdasarkan standard yang diguna pakai oleh Pas pula, maka Pas perlu memikirkan semula tindakan parti itu yang tidak berjaya meng`Islam’kan pemimpin sosialis PKR dan DAP, sebaliknya membantu mempromosikan pula pemimpin sosialis dan fahaman sosialisme di surau dan masjid.

Jika soal menghapuskan amalan syirik yang bertuhankan ideologi sosialisme ini gagal dilakukan oleh Pas, apa lagi perkara yang besar seperti mendapatkan persetujuan pemimpin-pemimpin sosialis PKR dan DAP untuk menyokong pelaksanaan Negeri Hudud Pas di negeri Selangor.

Pas perlu ingat bahawa selagi parti itu gagal melaksanakan Negeri Hudud ini, maka berdasarkan standard mereka, selagi itulah pemimpin dan ahli Pas akan terperangkap sebagai golongan `kafir’ . Maka mahu tidak mahu, sebelum terpaksa mengkafirkan diri sendiri, lebih baik mereka memastikan pelaksanaan negeri hudud ini dapat direalisasikan di negeri Selangor.

Setakat ini sebagai parti yang mempunyai kerusi tercorot dalam kerajaan PR dan tidak didengari pandangannya, Pas tidak mampu memainkan peranan yang signifikan untuk menghalang konsert hiburan dan menutup premis judi dan arak, apa lagi untuk menegakkan Negara Hudud yang menjadi perjuangan Pas selama ini dan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan aqidah pemimpin dan pengikutnya.

Jelasnya di Selangor, dalam konteks politik dan perjuangan Islam, Pas hanya layak dikategorikan sebagai `balaci’ PR.

Mungkinkah ini penghinaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada parti yang menolak perpaduan sesama Islam dan memperalatkan Islam untuk kepentingan politik pemimpinnya? Pas bukan parti yang signifikan dalam Perjanjian Syaitan; sekadar diboneka di negeri Perak, diperkuda di negeri Selangor dan ibarat hampas di Pulau Pinang.

Teruskan solat hajat ‘Selamatkan Selangor’. Insya-Allah, Allah SWT akan maqbulkan permintaan Pas agar Selangor diselamatkan oleh kepimpinan UMNO dan BN.

Kerajaan Selangor Tak Mampu Lagi Tanggung Subsidi Air



SEPANG 10 Jan- Nampaknya kerajaan negeri Selangor masih tidak habis-habis mahu menimbulkan isu air di Selangor, sehingga mengheret sama rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam isu tersebut, ujar Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran.

Tambahnya, kerajaan negeri kini mula mengguna dan menggerakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk `Kempen Tandatangan Selamatkan Air Selangor’ di pasar-pasar malam atau pasar-pasar tani bagi mendapatkan sokongan berkenaan isu air di Selangor.

“Saya yakin dan percaya, dalam hal ini, Kerajaan Negeri sebenarnya tahu bahawa mereka sudah tidak mampu untuk menanggung subsidi pemberian air percuma di Selangor. Itu belum lagi tuntutan bagi pengguna meter pukal yang masih lagi tidak pernah menikmati pemberian air percuma pada mereka.

Oleh itu mereka sedaya upaya cuba untuk menjadikan kelemahan mereka sebagai satu kesalahan pada kerajaan Barisan Nasional pula,” ujarnya kepada UMNO-Online bagi mengulas isu tersebut.

“Saya yakin janji-janji mereka sebelum PRU12 akan hanya tinggal janji. Saya turut yakin jika kerajaan negeri gagal untuk membeli Syabas, maka pemberian air percuma sebanyak 20m3 sebulan pasti akan tamat tidak lama lagi.

Kita juga rasa kecewa dengan gerakaan mereka menggunakan PBT untuk kempen tandatangan di pasar malam dan di pasar tani sedangkan lebih banyak kerja-kerja berfaedah lain boleh dibuat oleh PBT ini daripada melaksanakan agenda politik kerajaan negeri yang nampak begitu terdesak sekarang,” tambahnya lagi

BN belum buat keputusan - Sidang DUN tergempar

Siasat siapa keluarkan geran - Isu Surau Al-Hidayah Rawang


RAWANG – Jawatankuasa Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH), Kampung Melayu Pekan Rawang, menggesa siasatan dijalankan secara terperinci berhubung isu geran tapak Surau Al-Hidayah yang boleh diberikan kepada pemaju syarikat swasta pada 2009.

Penasihatnya, Datuk Ir Md Nasir Ibrahim berkata, gesaan dibuat berikutan tapak surau berkenaan sudah wujud hampir 100 tahun lalu dan tidak perlu dikeluarkan geran kerana ia sudah digazetkan.

“Jika kita tidak bangkitkan isu pengambilan tapak surau ini oleh syarikat swasta dilantik anak syarikat Kerajaan Negeri terlibat, sudah tentu tanah surau seluas 14,000 kaki persegi ini sudah dibahagikan kepada lapan lot.

“Setelah menyedari tanah gazet surau tidak boleh diambil, mereka baru bertindak memulangkan semula tapak surau ini dan mengatakan masalah telah selesai,” katanya dalam sidang media di pekarangan Surau Al-Hidayah.

Menurutnya, penjelasan susulan demonstrasi bantahan pengambilalihan tapak surau berkenaan oleh BBSAH baru-baru ini didakwa diputarbelitkan pihak tertentu.

Dalam pada itu, Md Nasir berkata, syarikat anak Kerajaan Negeri terlibat kini distrukturkan semula dengan nama baru, tetapi ahli lembaga pengarahnya masih individu sama dan dia tidak menjawab perkara dibangkitkan dengan baik.

Menurutnya, disebabkan itu BBSAH membuat susulan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak itu juga tidak menolak geran tapak masjid atau surau itu tidak boleh dikeluarkan tanpa bantuan ‘orang dalam’.

“Kesimpulan boleh saya katakan, ada pihak tertentu yang mempunyai niat membangunkan tapak surau ini untuk tujuan komersil dengan membahagikannya kepada beberapa lot.

“Malah, ada individu daripada pihak terlibat telah bercakap kepada saya bahawa lima lot telah dijual dan ada pembelinya, manakala tiga lot lagi dibahagikan kepada surau,” katanya.

Md Nasir berkata, BBSAH menyifatkan tindakan pihak terbabit yang berniat mengambil sebahagian tanah Surau Al-Hidayah sebelum ini, seperti ‘pencuri sudah dikenal pasti polis, baru hendak meminta maaf dengan tuan rumah’.

Tegasnya, pada 2001 belum wujud lagi geran surau dan sepatutnya syarikat dilantik hanya bertanggungjawab membangunkan Bandar Baru Rawang, tanpa melibatkan tanah surau dan masjid.

Sementara itu, Pengerusi BBSAH, Bing Selamat Amir, bertugas sebagai Pengerusi Surau Al-Hidayah sejak 29 tahun lalu sehingga sebelum September 2010, memberitahu pihaknya tidak pernah dibawa berbincang mengenai pengambilan lot surau oleh pemaju berkenaan.

“Walaupun geran pada 2003 dibatalkan melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 2/1/2002, tetapi kita kesal ia dikeluarkan pula pada 2009 tanpa melibatkan perbincangan dengan pihak surau,” katanya.

Setiausaha BBSAH, Abdul Rahman Zahari pula menggesa pihak berkaitan memohon maaf khususnya kepada penduduk Islam Rawang, berhubung isu yang timbul melibatkan tapak Surau Al-Hidayah sebelum ini.

Tuesday, January 11, 2011

“Janji 100 Hari”, Apa Pula Cerita Janji PRU 12!



Pemuda UMNO menyifatkan janji 100 hari pakatan pembangkang tidak lebih sekadar gula-gula politik dalam usaha meraih sokongan rakyat bagi memastikan impian mereka untuk menawan Putarajaya pada pilihan raya umum nanti menjadi realiti.

Exconya Mohamad Suffian Awang melihat jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap apa yang diutarakan oleh pembangkang itu amat tepat selain memberi penjelasan yang jelas kepada rakyat untuk membuat penilaian.

“Matlamat pembangkang ini sebenarnya satu sahaja iaitu‘mengula-gulakan’ rakyat bagi membolehkan cita-cita merampas Putrajaya tercapai dan memenuhi impian Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Soal sama ada apa yang dicanang itu mampu dilaksanakan atau tidak ianya soal kedua. Apa yang penting rakyat perlu ‘ditipu’ dengan sebaik mungkin demi meraih kuasa. Parti-parti pembangkang ini hanya ingin memberi gambaran melalui janji-janji tersebut kononnya merekalah pilihan terbaik dan ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin negara.

“Tetapi perlu diingat….apa yang berlaku sejak Mac 2008 apabila pembangkang mempunyai kuasa memerintah di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Berapa banyak manifsto yang tertunai,” soalnya.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang bulan lalu, yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.

Suffian yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuantan seterusnya menegaskan pembangkang perlu berpijak di bumi nyata dan bukannya sekadar melaungkan apa yang terbaik untuk rakyat.

Katanya dengan pelbagai kemelut di Selangor, ditambah pula dengan Menteri Besar serta tidak tahu di Kedah, Ketua Menteri yang kononnya ala “Kahalifah Umar Abdul Aziz” di Pulau Pinang, apakah kejayaan pembangkang di negeri terbabit sehingga hari ini.

“Itu tidak masuk lagi negeri Kelantan yang telah sekian lama di perintah oleh Pas. Sepatutnya konvensyen mereka baru-baru ini membincangkan apakah manifesto yang belum lagi ditunaikandan senaraikan apakah janji-janji yang telah ditabur dan berapa peratuskan yang telah berjaya dilaksanakan.

“Ini tidak….Belum lagi tertunai janji lama dah wujud pula janji baru. Baru dalam penggal pertama memerintah sudah pelbagai masalah timbul dalam kerajaan-kerajaan pakatan pembangkang hari ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, dalam usaha dan pelbagai perancangan yang dilaksanakan oleh BN, pembangkang nampaknya lebih banyak menawarkan fantasi kepada rakyat.

“Sewajarnyalah kita bertanya kepada diri kita apakah motif utama pembangkang menawarkan janji sedmeikian rupa. Apakah uianya benar-benar untuk rakyat negara ini atau hendak menyelamatkan pakatan pembangkang yang kian rapuh,” katanya.

Hasil konvensyen pakatan pembangkang baru-baru ini, ianya mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol serta merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Selain itu, pembangkang berjanji menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Bakar novel Interlok perbuatan tidak bertamadun


Sikap sekumpulan masyarakat bertindak membakar novel Interlok dilihat sikap yang tidak bertamadun dan melambangkan sikap liar sesuatu bangsa.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, walaupun beliau belum membaca tetapi diyakini ia mempunyai nilaian akademik yang patut dihormati kerana ia ditulis oleh Sasterawan Negara.

“Kita mungkin boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pemilihannya sebagai sukatan sastera untuk sekolah, tetapi membakar buku ilmiah atau sastera adalah kerja manusia yang tidak bertamadun sahaja.

“Sesebuah buku atau akhbar atau majalah hanya boleh dinyahkan atau dibakar jika ia sarat dengan kepalsuan, pembohongan dan fitnah, kerana bahan tersebut sudah tidak bernilai untuk kehidupan manusia.

“Jika membakar bahan-bahan karut dan dusta adalah lambang penolakan kepalsuan dan pembohongan. Saya yakin novel Interlok tidak ke peringkat itu,” katanya.

Mohd Asri berkata, mungkin ada perkara tertentu dalam buku tersebut yang tidak dapat diterima oleh masyarakat India. Ianya mungkin benar, atau sesuatu yang subjektif, perkara yang seperti itu memerlukan dialog, kritikan, tulisan dan cabaran di pentas akademik atau diskusi ilmu dan sasterawan.

Tambahnya lagi, apa yang mengejutkan perbuatan itu turut dihadiri oleh tokoh politik tertentu, dirasakan tindakan ahli politik itu adalah silap dan tidak seharus berlaku bagi kepentingan diri sendiri.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali berkata tidak menolak kemungkinan tindakan membakar Interlok didalangi oleh pihak tertentu dan mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak segera.

Beliau berkata, kehadiran dua wakil rakyat dalam kejadian itu jelas mempunyai agenda politik untuk meraih sokongan kaum India dengan menggunakan isu perkauman.

Dua wakil rakyat terbabit adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan.

Menurutnya, api perkauman terus di nyalakan di sana sini dan mahu kerajaan segera bertindak sebelum merebak.

“Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ada tapi gagal di gunakan sebagai alat pencegahan kerana ada pihak akan tuduh kerajaan zalim. KDN harus bertindak tegas sebelum nasi jadi bubur,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, panggilan kasta terhadap setengah kaum india adalah hakikat sebenar sejarah dan isu seumpama ini tidak sepatutnya berulang.

Masalah banjir bakal selesai - YB Abdul Shukur

KUNDANG - Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang akan berbincang dengan salah sebuah agensi pertanian kerajaan bagi menyelesaikan masalah banjir di Kampung Baru Kundang, Kundang Muhibah, di sini.

ADUN, Abdul Shukur Idrus berkata, masalah banjir yang berlaku beberapa tahun lalu didakwa berpunca daripada sistem saliran di kawasan milik agensi berkenaan yang kurang baik.

Menurutnya, aduan sering diterima daripada penduduk setempat berkenaan masalah tersebut.

“Kita akan berusaha mengatasinya dan berbincang dengan agensi berkenaan bagi membesarkan parit dan longkang milik mereka.

“Saya juga akan berbincang dengan agensi berkenaan untuk memohon peruntukan khas dan kelulusan bagi mengguna tanah milik mereka bagi menyelesaikan isu tersebut,” katanya.

Abdul Shukur berkata demikian ketika Lawatan Rahmat Jumaat ke Kampung Baru Kundang serta sumbangan kepada 12 keluarga memerlukan di situ.

Hadir sama pada lawatan itu ialah Pengerusi Majlis Permuafakatan UMNO Bahagian yang juga Pengerusi Kelab Veteran UMNO Bahagian Selayang, Datuk Saidin Thamby dan Setiausaha Kelab Veteran UMNO Bahagian Selayang, Datuk Raja Ahmad Nizar Raja Ismail.

Terdahulu Abdul Shukur mengulas berkenaan aduan penduduk kampung berkenaan masalah banjir yang dikatakan berlaku setiap kali musim hujan di kawasan itu.

Beliau berkata, usaha membuat perparitan baru adalah lebih sesuai di kawasan milik agensi berkenaan.

“Daripada tinjauan, kita mendapati longkang sedia ada di kawasan milik agensi terbabit terlalu kecil dan tiada penyudahnya, jadi semua air tertumpu semula ke kampung berkenaan.

“Dengan penyelesaian ini, bukan sahaja Kampung Muhibah, tetapi tanah pertanian milik agensi pertanian kerajaan berkenaan juga dapat diselamatkan daripada ditenggelami air,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada program itu, Abdul Shukur sempat melawat Surau Al-Falah di kampung berkenaan dan mengumumkan pemberian RM20,000 untuk membaik pulih atap dan surau berkenaan yang uzur.

'Jangan menang sorak, kampung tergadai'

TEPAT pukul 8.10 pagi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengimbau pencapaian-pencapaian utama negara sepanjang tahun lepas, akhirnya 'melepaskan pelurunya' .

Intipati keseluruhan ucapan sulung perhimpunan bulanan para penjawat awam barisan depan negara itu jika dirumuskan hanyalah satu - jangan kita menang sorak kampung tergadai.

Mengotakan janji beliau pada 21 Disember lalu untuk menjawab 'Pelan 100 hari' pembangkang yang 'berjanji sakan untuk membuat itu ini' termasuk mahu menyediakan lebuh raya percuma jika dapat memerintah, Perdana Menteri seakan-akan mengimbas kisah cerita penglipur lara, Pak Kaduk.

Kesimpulannya, kisah ini harus diteliti secara menyeluruh, baik oleh rakyat mahu pun pihak yang menjanjikan 'pelan' itu, yakni pakatan pembangkang.

Kisah Pak Kaduk mencapai klimaks apabila dia melonjak-lonjak bersorak kerana ayamnya menang dalam perlagaan. Tetapi dia terlupa bahawa ayam itu bukan lagi kepunyaannya.

Kisah sebelum dan sesudah menang sorak kampung tergadai ini perlu diperhalusi agar kesalahan tidak hanya diletakkan ke atas bahu rakyat (Pak Kaduk).

Dalam konteks ini, pakatan pembangkang yang menjanjikan 'bulan dan bintang' dalam 'Pelan 100 hari' harus melihat diri sendiri khususnya tentang peranan dan fungsi parti-parti mereka dalam usaha memperkukuh aspirasi rakyat yang juga menjadi aspirasi negara.

Justeru, kepentingan peribadi tidak seharusnya dijaja pembangkang yang kononnya dalam 'Pelan 100 hari' mengaku ingin menjaga hak dan kepentingan rakyat.

Sepatutnya, pembangkang mere nung kisah Pak Kaduk yang sebe narnya tidak berakhir di situ. Setelah hartanya ditebus kembali, Pak Kaduk dilantik sebagai salah seorang pem besar istana untuk membantu raja membawa balik Puteri Limau Purut.

Meskipun pelbagai interpretasi bo leh ditafsirkan namun kisah Pak Ka duk dan menang sorak kampung ter gadai tidak harus dilihat sebagai ha nya kealpaan rakyat.

Pada masa sama, kisah ini perlu ditafsirkan sebagai manifestasi kerakusan dan keegoan pembangkang untuk menjayakan misi pelan mereka yang dalam ru musan Perdana Menteri - amat po pulis dan hanya mengakibatkan anak cucu merana.

Seorang ahli kritikan sastera Amerika bernama Stanley Lee mengemukakan teori (1980) yang disebut Reader Response Theory. Menurut teori itu, pembaca boleh berbuat apa sahaja tafsiran terhadap sesebuah teks (termasuk cerita) tanpa merujuk atau mengindahkan makna atau mesej yang disampaikan oleh pencipta teks.

Teks itu dianggap bebas daripada penciptanya - seolah-olah pengarangnya sudah mati atau death of author, seperti kata Foucoeur, ahli falsafah Perancis.

Namun kisah Pak Kaduk tidak mati.

Jangan menang sorak, kampung tergadai kekal dalam memori selamanya - tanpa ada pihak yang dapat memberi tafsiran lain ikut sesuka hati.

Anak cucu boleh merana – PM

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji pakatan pembangkang untuk melaksanakan ‘Pelan 100 Hari’ jika dapat memerintah negara sebagai amat populis dan tidak berpaksi di bumi nyata.

Perdana Menteri menegaskan, terdapat keanehan serta amat menghairankan apabila pembangkang membentangkan segala janji yang populis tanpa membentangkan sebutir maklumat pun mengenai punca sumber kewangannya untuk pembangunan rakyat.

“Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak. Kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan, boleh ditunaikan.

“Malah tanpa menunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita, negara kita jadi macam Greece kalau dilaksanakan segala janji itu tanpa mengambil kira kemampuan negara.

“Justeru, janganlah kita menang sorak kampung tergadai, saya percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, buatlah penilaian,“ kata beliau sambil menyifatkan 2011 tahun untuk meningkatkan momentum pelaksanaan segala agenda dasar utama negara.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Bulan lalu, pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam ‘Program 100 hari’ yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Selain itu, pembangkang berjanji untuk menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Dalam aspek ini, Perdana Menteri meminta rakyat berfikiran rasional dengan membuat penilaian bijaksana kerana ‘apabila sesuatu yang diidamkan, maka ia sepatutnya perlu berasaskan kepada kemampuan sendiri’.

Sebagai contoh, kata Najib, jika mahu membeli kereta dan rumah baru, maka perlulah bertanya pada diri sendiri ‘adakah kita mampu dan dari mana punca kewangannya?’.

“Saya selalu berpegang pada ungkapan, kalau kita percaya ada sesuatu yang begitu baik sekali tetapi tidak berpegang dan tidak berpijak pada bumi yang nyata, kita (sebenarnya) telah menipu diri kita sendiri,“ kata beliau.

Justeru, tegas Perdana Menteri, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab secara fiskal, segala perancangan yang telah dibentangkan dan dilaksanakan sepanjang tahun lalu merupakan tindakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kerana mampu menunaikannya.

Katanya, dua pencapaian utama kerajaan pada tahun lalu adalah berkat daripada usaha bersama antara anggota pentadbiran dan penjawat awam.

“Pertama, kita telah berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia.

“Kita telah pulih kerana kerajaan mengambil tindakan berani dan tegas membentangkan dua pakej rangsangan ekonomi terbesar dan antara terbesar di dunia berdasarkan peratusan Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta sistem kewangan negara yang kukuh serta urus tadbir negara yang baik.

“Kedua, pada tahun lalu, kita telah berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui GTP, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Model Baru Ekonomi (MBE) dengan lapan strategik inisiatifnya, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pembentangan Bajet 2011 dan kita telah mula pelaksanaan awal segala agenda kerajaan itu,“ kata Najib.

Perdana Menteri turut menyatakan rasa syukur apabila sambutan rakyat terhadap agenda utama negara dilihat amat memberangsangkan dengan banyak pihak menzahirkan reaksi positif termasuk juga nilai bursa saham berada di paras tertinggi dalam sejarah negara.

Sehubungan itu, beliau mahu para penjawat awam di semua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan memastikan segala yang dirancang dan dibentangkan sebagai agenda utama negara untuk dilaksanakan secara berkesan dan sampai kepada kumpulan sasar iaitu rakyat.

“Saya berharap semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi dan dilaksanakan secepat mungkin jika kita nak negara kita maju dan capai kejayaan berdasarkan perancangan kita yang begitu teliti.

“Satu daripada pra syaratnya ialah wujudnya institusi perkhidmatan awam yang mampu mendokong, melaksanakan dengan tegas dan berkesan mengikut jadual yang telah ditentukan supaya kesannya dapat dirasai oleh rakyat,“ katanya.

Menurut beliau, antara pelaksanaan yang telah menampakkan kejayaan ialah pengurangan sebanyak 30 peratus kadar jenayah iaitu tertinggi dalam masa 20 tahun serta kejayaan membawa keluar 40,000 keluarga miskin daripada tergolong dalam miskin tegar manakala 4,000 lagi dalam proses untuk dikeluarkan dari kelompok tersebut.

“Kita juga dapat perbanyakkan kelas-kelas pra sekolah, meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam, usaha memerangi rasuah semakin meningkat serta projek prasarana berjalan lebih rancak.

“Saya harap kejayaan awal ini memberi kita lebih keyakinan bawa kita berada di landasan yang betul, jika dapat digembleng seluruh kekuatan dan kemampuan, saya percaya pencapaiannya akan bertambah lagi,“ katanya.

Monday, January 10, 2011

Rahmat Jumaat - Kg.Baru Kundang

YB Abdul Shukur merasmikan mesyuarat Agong Tabika KEMAS



YB Abdul Shukur Bin Hj.Idrus yang merupakan ADUN Kuang telah merasmikan mesyuarat Agong pertama Tabika KEMAS MAPLE di Blok 14 Bandar Tasik Puteri Rawang. Tabika KEMAS MAPLE yang mula beroperasi pada tahun ini merupakan Tabika KEMAS yang ke-3 ditubuhkan di Bandar Tasik Puteri.
Beliau juga berharap agar banyak lagi Tabika KEMAS ditubuhkan di Bandar Tasik Puteri memandangkan ia merupakan kawasan perumahan yang besar. Adanya Tabika KEMAS ini, ia dapat membantu mereka yang berkemampuan rendah serta yang memerlukannya.
KEMAS bukan sahaja membimbing anak-anak, malah ia juga berfungsi sebagai tempat kemasyarakatan bagi masyarakat setempat. Berbagai aktiviti boleh dilakukan selagi ia tidak menjejaskan keharmonian masyarakat setempat.
Kelahiran Tabika KEMAS MAPLE ini diharapkan ia benar-benar berperanan serta memberi impak yang berguna kepada masyarakat serta anak bangsa. Beliau juga berharap AJK yang akan dilantik biarlah berperanan serta seiring dengan beliau agar KEMAS ini benar-benar berfungsi.
Janganlah masyarakat beranggapan pendidikan di Tabika KEMAS ini tidak ke mana, malah ramai di kalangan kita dulu merupakan anak didik dari Tabika KEMAS, sehingga ada diantaranya yang telah berjaya. Tabika KEMAS yang dilahirkan oleh Kerajaan BN di bawah Kementerian Luar Bandar, yang berperanan mengenalkan huruf-huruf kepada anak-anak kita di peringkat awal lagi.
Jadi di sini, ambillah kesempatan menghantar anak-anak ke Tabika KEMAS agar anak-anak ini didedahkan dengan pendidikan awal. Kita kena faham bahawa kos yang dikenakan amat terlalu murah, jika dibandingkan dengan Taska-taska persendirian yang sedia ada.
Kita sebagai masyarakat harus juga membantu, tak kiralah samada sebagai Jawatankuasa atau sebaliknya dalam membangunkan Tabika KEMAS...katanya.

UMNO Selangor Ada “Roadshow” Jelaskan Fitnah Pembangkang

UMNO Selangor akan mengadakan program jelajah seluruh Selangor pada minggu depan bagi menjelaskan mengenai pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan pakatan pembangkang terhadap rakyat di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata program itu diadakan rentetan kemelut terkini yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) membabitkan Naib Presidennya, Mohamed Azmin Ali, dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Apa juga masalah yang berlaku dalam PKR bagi kita itu sandiwara mereka. Kita tidak payah campur tangan supaya kita tidak akan terperangkap dengan taktik dan cara mereka.

“Yang penting kita mesti terangkan kepada rakyat bahawa perkara itu berlaku semata-semata kerana nak tarik perhatian rakyat kepada PKR, supaya rakyat tidak lupa PKR. Ini kerana rakyat dah mula lupa mereka sebab mereka tidak dapat menunaikan janji kepada rakyat dan bangunkan Selangor,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas majlis perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Tanjong Karang yang disempurnakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau turut mengingatkan UMNO Selangor supaya tidak berpeluk tubuh dan menganggap kemelut yang berlaku dalam PKR sebagai bonus kepada UMNO untuk memenangi semula hati rakyat Selangor.
“Sebaliknya kita mesti tingkatkan kerja kita dan turun padang untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Pada 27 Jun lalu, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak diumumkan sebagai Pengerusi PKR Selangor, menggantikan Abdul Khalid berkuat kuasa serta merta oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Shah Alam, Selangor.

Perkembangan itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Khalid yang juga Adun Ijok dilihat seperti “hilang taring” kerana beliau kini tidak lagi mempunyai kuasa atau pengaruh dalam politik di negeri itu walaupun masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Satim Ketua Pembangkang Baru Selangor


Badan Perhubungan UMNO Selangor mengalami perubahan di dalam barisan ahli jawatankuasa pengurusannya dengan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed dilantik sebagai Setiausaha.

Beliau menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Datuk Mohamed Satim Diman.

Difahamkan perubahan itu diputuskan dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

Mohamed Satim yang merupakan Timbalan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo.

Perubahan itu tidak melibatkan lain-lain jawatan dan ia berkuat kuasa serta merta.

Perjuangan Pas: Pertahan Karpal Atau Korbankan Islam

md alwi che ahmad-pertahan karpal-pas-pendirian

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad hari ini menimbulkan persoalan apakah perjuangan utama Pas sama ada mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh atau mempertahankan prinsip perjuangan yang didokong sekian lama.

Menurut beliau perkara itu perlu diperjelaskan oleh Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abd Rahim Wan Abdullah telah menimbulkan kekeliruan umum.

“Dalam soal ini saya mungkin berbeza dengan pandangan sesetangah pihak yang lain. Saya sanggup mati mempertahakan Wan Abdul Rahim dan langkah mayat saya dahulu sebelum menyentuh Ahli Parlimen Kota Bharu itu.

“Saya katakan begitu kerana apa…Kerana Abd Rahim itu adalah Islam dan wajib bagi saya mempertahankan saudara seagama saya dan inilah pegangan saya. Berbanding dengan Wan Abd Rahim, beliau sanggup mati mempertahankan Karpal yang boleh dianggap separuh harbi.

“Pendirian Abd Rahim itu dikatakan kerana Karpal telah mengubah pendirian terhadap negara Islam. Saya nak tanya pemimpin Pas, apakah Karpal benar-benar berubah atau lembutnya hati Karpal seumpama lembutnya Lee Kuan Yew pada satu ketika dahulu atau perubahan beliau itu berunsur politik semata-mata. Ini yang mereka perlu lihat dan nilai,“ katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah yang sanggup mati mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mendapat kritikan banyak pihak.

Kenyataan Wan Abd. Rahim di Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini memberi amaran ‘langkah mayat saya dahulu’ jika ada pihak yang ingin ‘mengusik’ Karpal walaupun Pengerusi DAP itu sebelum ini pernah memberi amaran ‘langkah mayatnya dahulu’ jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Pengorbanan itu dibuat atas dasar kesetiaan dan semangat setiakawan Pas terhadap pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia dipercayai bertujuan mempertahankan Karpal yang ‘diserang’ pelbagai pihak berhubung pendiriannya membela Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan beliau yang mendedahkan kegiatan salah laku seks Ketua Pembangkang itu pada 1997 di Dewan Rakyat.

Alwi yang juga ADUN Kok Lanas seterusnya menegaskan sepanjang pengetahuan beliau, karpal Singh tidak pernah mengiktiraf negara ini negara Islam dan pernah berdebat dengan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Parlimen pada satu ketika.

Menceritakan lebih lanjut beliau seterusnya menambah, perkara berkenaan terkandung di dalam Hansard Parlimen dan itulah yang menjadi kehuatiran beliau berhubung perubahan pendirian Karpal Singh yang diwar-warkan oleh Pas.

“Karpal ini kafir harbi…Harbi dari sudut politik dan kita menentang beliau bukanlah secara pertumpahan darah tetapi penentangan secara politik. Inilah yang perlu kita utamakan.

“Namun kalau benarlah seperti apa yang dilaungkan oleh kepimpinan Pas hari ini bahawa Karpal telah mula berlembut dalam soal Islam ini dan sebagainya, saya mendoakan agar kepimpinan Pas berjaya mengislamkan Karpal Singh sepertimana Rasulullah s.a.w mengislamkan Sayyidina Umar Al-Khattab dahulu,“ katanya